5 | WiFi

309 66 3
                                    

Hyunjin ingat lagi kali pertama dia melihat Hana, ketika itu dia sedang bekerja di bahagian juruwang di 7eleven. Hana masuk ke dalam kedai itu dengan wajahnya yang kelihatan kusam. Sebelah tangannya membawa beg laptop sementara sebelah lagi tangannya sedang memegang kertas-kertas kerjanya. Waktu itu gadis itu memang kelihatan kalut, dengan hanya memakai hoodie nipis dan rambutnya diikat malas. Jelas terpancar di wajahnya bahawa dia tidak mendapat tidur yang secukupnya.

Hana menghampiri Hyunjin ketika lelaki itu sedang mengemaskan stok-stok terbaru di lantai, berhampiran dengan peti ais.

"Em maaf mengganggu, dekat sini ada WiFi percuma tak?" Tanya Hana.

Hyunjin yang tadinya sedang mengemas terus memberhentikan kerjanya dan langsung berdiri. "Ada tapi Miss kena beli sekurangnya satu item, sebab kata laluan tu ada di resit pembayaran. Boleh ke?"

"Oh." Hana terus mencapai energy bar yang ada berhampiran dengannya dan menunjukkannya kepada Hyunjin. "Ini sahaja boleh ke?"

Hyunjin mengangguk lalu terus berjalan ke kaunter mengikuti Hana yang terlihat kalut. Selepas menyelesaikan transaksi pembayaran, Hana terus mengangguk berterima kasih sebelum bergegas duduk di meja yang tersedia di kedai itu untuk melakukan kerjanya. Dia membuka laptopnya, menyusun kertas kerjanya yang agak besar dari kebanyakan kertas, dan duduk bersila di atas kerusi di situ.

Hyunjin memandangnya buat seketika dan tersenyum nipis, pasti gadis itu kalut kerana dia sudah hampir dengan dateline kerjanya. Itu bukan kali pertama pelajar dari universiti berhampiran dengan kawasan itu singgah ke kedai ini untuk menggunakan WiFi di sini. Katanya WiFi di sini laju. Hyunjin berasa gembira setiap kali ada pelajar universiti melakukan kerja mereka di sini, sekurangnya dia tidak berseorangan. Selain itu, Hyunjin juga teruja setiap kali melihat tugasan-tugasan mereka. Dia sudah lama teringin untuk masuk menjadi pelajar universiti tetapi melihatkan keadaan kewangannya, dia hanya mampu menguburkan keinginannya itu.

Baru sahaja Hyunjin akan menyambung kerja menyusunnya tadi, tiba-tiba dia mendengar gadis tadi tiba-tiba menangis sambil menghempas tutup skrin laptopnya sebelum kepalanya dibenamkan di dalam lengannya di atas meja. Terpinga-pinga Hyunjin dibuatnya, dia tidak tahu harus melakukan apa jadi dia hanya berdiri tegak memerhatikan gadis itu. Separuh dari dirinya ingin menghampiri gadis itu tapi separuh dari dirinya meminta dia tidak mempedulikannya dan menyambung kerjanya tadi.

Mata Hyunjin menangkap resit pembayaran tadi di genggaman sebelah lagi tangan gadis itu yang sudah hampir ronyok. Hyunjin menarik nafas dalam sebelum berjalan perlahan-lahan menghampiri. Badannya sedikit menunduk sebelum dia bertanya separuh berbisik kepada gadis itu yang masih lagi sedang menangis.

"Miss? May I help you?"

Pada mulanya gadis itu tidak menjawab, hanya menangis dalam senyap. Namun setelah berkali-kali bertanya, dia akhirnya menjawab perlahan dalam suaranya yang pecah.

"I-it's not connecting..."

"What's not connecting?"

"T-the WiFi... Saya dah cuba banyak kali tapi—tsk..."

"Oh... May I..."

Risau tangisan gadis itu akan berlanjutan, Hyunjin terus menarik laptop gadis itu menghadapnya untuk membantunya. Dia mencari punca masalah di laptop itu selepas membukanya dengan tekun.

Oh, bukan ada apa-apa masalah pun. Cuma Hana tidak signup terlebih dahulu untuk menjadi ahli kedai itu, sebab itulah WiFi itu tidak berfungsi. Hyunjin mahu membuka akaun baru menggunakan e-mail Hana tetapi dia tidak mempunyai kata laluan e-mail gadis itu, jadi dia hanya login menggunakan e-mailnya sendiri pada akhirnya.

"Miss, it's done. Saya dah connect kan WiFi tadi." Kata Hyunjin lembut sambil menepuk lembut bahu Hana.

Hana mengangkat kepalanya perlahan-lahan dan melihat pada skrin laptopnya. Sebelah tangannya lagi menyeka air mata di pipinya sambil dia cuba menstabilkan nafasnya.

"O-oh..." Hana mengemaskan dirinya sebelum menunduk malu tanpa memandang Hyunjin. "T-terima kasih."

"Sama-sama." Hyunjin tersenyum sebelum segera meninggalkan Hana dengan kerjanya. Sedikit sebanyak dia berasa gembira dapat membantu. Dan sejujurnya dia agak terhibur melihat Hana tadi, cuma dia hanya menahan dirinya untuk tidak tergelak. Dia faham pasti gadis itu terlalu stres sehingga masalah sekecil itu pun boleh menjadi besar untuknya.

Selepas kejadian itu, Hana selalu datang ke kedai itu semata-mata mahu menggunakan WiFi di situ. Dia biasanya hanya membeli energy bar, dan kadangkala hanya minuman ringan sebelum duduk di tempat biasanya untuk menyiapkan kerjanya. Hyunjin biasanya bekerja di shift malam dan disebabkan itu juga dia kerap melihat Hana. Hana memang tampak gigih, selagi kerjanya tidak siap, dia tidak akan berganjak dari tempatnya.

Ada pernah sekali itu Hana berehat seketika sebelum melakukan kerjanya kembali, dia membeli semangkuk mee segera, tetapi dalam masa yang sama matanya masih lagi melihat skrin laptopnya. Ketika itu sudah jam 3 pagi, dan Hyunjin juga masih belum makan lagi. Jadi Hyunjin juga turut membeli mee segera dan kimchi sebelum dia sengaja duduk selang dua kerusi daripada kerusi yang Hana sedang duduk.

Meja itu memanjang menghadap ke luar tingkap, memaparkan pemandangan Sungai Han yang indah. Hyunjin tersengih seorang diri melihat Hana yang sedang makan sambil tekun menghadap laptopnya, tidak menyedari kehadirannya. Dia terus membuka bungkusan kimchi di dalam bekas kecil dan meletakkannya separuh isi kandungannya ke dalam mangkuknya, sebelum dia menolak bekas itu ke arah Hana perlahan-lahan.

Akhirnya gadis itu menyedari kehadirannya. Hana sedikit terperanjat, badannya sedikit menunduk berterima kasih kepada Hyunjin sebelum menarik kimchi itu ke arahnya. Tiba-tiba dia berasa tidak sopan kerana melakukan kerjanya sementara Hyunjin berada di sebelahnya jadi Hana terus menolak laptopnya ke tepi dan hanya memakan mee segera itu dengan senyap tanpa memandang Hyunjin.

Mereka berdua makan dalam keadaan senyap, kedua-duanya menyedari kewujudan masing-masing tetapi tidak berasa terlalu terbeban untuk memecahkan kesunyian itu. Mereka hanya makan dengan tenang sambil menikmati pemandangan di luar melalui dinding kaca. Dan Hyunjin amat suka dengan perasaan itu. Sepanjang makan, dia terpaksa menahan senyumannya.

Ada juga hari yang Hana datang dalam keadaan segar, dengan rambut yang terikat kemas, pakaian joging, dan wajahnya yang berseri. Biasanya itu hanya berlaku apabila Hana sudah menghantar tugasannya, contohnya seperti di hari Hyunjin memberikan nombornya itu. Hyunjin rasanya amat gembira melihat wajah segar Hana, rasanya dia turut menumpang kebahagiaan Hana apabila melihat Hana segembira itu. Hana memang jarang tersenyum, tetapi Hyunjin seolah-olah dapat membezakan sama ada Hana gembira ataupun tidak tanpa melihat senyuman gadis itupun.

Entah sejak bila Hyunjin mula berminat dengan Hana, mungkin kerana dia sering terserempak dengan Hana? Tetapi tidak juga kerana ada juga pelanggan lain yang kerap datang ke situ. Atau mungkin Hyunjin suka dengan kegigihan Hana? Entahlah, dia tidak tahu. Hyunjin sudah terbiasa melihat Hana sehingga dia berasa aneh apabila tidak nampak kelibat Hana dalam satu hari. Itu yang dia pasti. Apalagi sejak dia berkerja ekstra kebelakangan ini, dia semakin kerap bertemu Hana.

Cuma sejak kejadian malam itu, sejak Hyunjin mengaku bahawa dia menyukai Hana itu, dia sudah semakin jarang melihat Hana. Sepertinya Hana sengaja mengelakkan diri daripada bertemu dengannya.

Hyunjin menyandarkan sebelah sisi badannya di dinding di tempat kerjanya. Hari ini dia bekerja di kedai ayam goreng sebagai penghantar makanan, masih menunggu pesanan untuk masuk supaya dia boleh mula menghantar semula. Sementara itu tangannya ligat memeriksa telefonnya, membuka apa-apa sahaja aplikasi di dalam telefon barunya.

Dia baru sahaja membeli telefon baru itu, sekitar sebulan yang lepas. Tiada nombor siapapun di dalam telefon itu, masih baru. Nombor yang digunakan untuk telefon itu juga baru dibelinya. Sejujurnya, Hyunjin sebenarnya sedang menunggu panggilan atau mesej daripada seseorang. Hanya seorang sahaja yang mengetahui nombor barunya itu, iaitu Hana. Cuma sama ada Hana akan menghubunginya atau tidak, dia tidak pasti, cuma dia masih mengharap.

Hyunjin menyimpan telefon itu ke dalam poket seluarnya dan termenung seorang diri. Apa salahnya? Apa dia ada berbuat salah kepada Hana? Kenapa Hana mengelak dari bertemu dirinya? Apa tindakannya untuk mendekati Hana itu terlalu awal? Hmm...

Dia amat merindui noona kegemarannya itu.

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now