3 | Someone In Mind

335 69 3
                                    

Hana termenung seorang diri di biliknya sambil berbaring mengiring di katil. Matanya sesekali mengerling ke arah energy bar di atas mejanya yang terletak bersebelahan dengan katilnya, masih belum dibuka dan kesan tulisan marker di atasnya juga masih belum hilang. Dia merasakan sedikit aneh, bahawa ada seseorang yang tidak begitu dikenalnya berminat dengannya. Entah apa yang perlu dilakukannya. Kalau ikutkan hatinya, dia memang tidak pernah berniat untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa, apalagi berkahwin. Tambahan lagi dengan budak-budak seperti itu.

Eh.

Mengapalah dia terfikir sejauh itu...

Sudahlah, dia tidak mahu memikirkannya.

"Hana." Kedengaran suara seseorang menyapanya. Itu tidak lain tidak bukan adalah Joy, teman sebiliknya. "Jom makan."

"Uhh saya-"

"Jangan tolak. You dah cukup kejam tinggalkan I mabuk seorang-seorang diri semalam. You should be feeling guilty by now." Amarannya. Hana hanya mengangguk pada akhirnya, tidak mahu berlawan mulut dengannya.

Baru sahaja dia akan keluar, Hana memanggil namanya yang menyebabkan dia berpaling semula. "Joy."

"Apa?"

"Sini sekejap."

"Apa? You nak cubit I?" Dia memandang Hana dengan musykil.

"Bukanlah! Saya... saya nak tanya awak about something."

"Oh." Wajahnya sekelip mata berubah. Dari curiga kepada risau. "You ada problem ke? Is this about your parents?" Tanyanya sambil mengambil tempat duduk di sebelah Hana.

"No, no... not that."

"Then?"

"It's about..." Hana mengetap bibirnya seketika. "Uhh saya nak tanya pendapat awak on something. Don't worry it's nothing big, just... saja nak tahu pendapat awak."

Joy hanya menjungkitkan sebelah keningnya, menunggu Hana menyambung. Hana berdeham kecil sebelum menerangkan dengan kekok.

"Okay macam ni... let's say, someone is intereste-eh no. Katakan ada orang yang awak tak kenal, jumpa pun jarang, ingat muka dan nama pun tak, then suddenly, cakap macam dia dah kenal awak and tahu a little about your life. And somehow, dia bagi no dia dekat awak. Is that... normal?"

Joy hanya menatap Hana dengan aneh, sementara otaknya ligat berpusing mencari jawapan, membuatkan Hana yang duduk di sebelahnya berasa tidak tenang. "So... what do you think? I mean, is that-"

"That's a stalker, no doubt." Jawab Joy ketus.

"Stalker...?" Kening Hana berkerut mendengarkan jawapan Joy itu.

"Yes, a stalker. A total creep. That kind of man biasanya bahaya, diorang check everything about you. Your life, what you do, what you eat, he probably knows everything. I pernah ada stalker dulu and trust me, it was not cute at all. It feels like you have got no privacy at all in your life." Cerita Joy. Hana hanya mengangguk kecil sambil matanya berkedip-kedip memproses jawapan itu di kepalanya.

"Oh."

"So if you ask me, I would recommend you to stay away from that kind of guy. You never know what he's going to do in the future." Sambung kawannya itu.

"I see..."

Ketika itu Hana terbayang wajah lelaki itu. Sejujurnya dia tidaklah kelihatan seperti orang yang jahat, malah dia amat berbudi bahasa. Cuma ada benarnya apa yang dikatakan Joy itu. Tidak mustahil lelaki itu mengintipnya selama ini, dan entah apa niatnya juga Hana tidak tahu. Lebih baik dia mengelakkan lelaki sebegitu.

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now