01

96 10 0
                                        

seorang gadis berlari menuju ke arah belakang sekolah. dimana tiada ada satu pun pelajar berada di situ. gadis itu tercungap-cungap selepas berlari dan peluh menitis jatuh ke lantai. nafasnya turun naik akibat telah melaksanakan larian yang begitu dahsyat ataupun boleh dikatakan baru sahaja dikejar oleh sekumpulan geng pembuli yang paling digeruni oleh mangsa mangsa buli Saebom Highschool. / ( real name : Yonsei University ) - Google.

gadis itu memeriksa kakinya. terdapat ada luka pada lutut gadis itu. dia mengeluh.

bukan lutut je yang jadi mangsa. muka aku pun turut kena. habis bibir aku dikerjakan. sampai lebam jadinya. agaknya, bila lah aku bebas daripada diseksa begini?

gadis berkata dengan nada perlahan. lalu, dia memeriksa kembali sekumpulan pembuli itu. oh, nasib baik dah pergi. lega hati gadis itu.

cepat cepat dia membuka langkah untuk masuk ke dalam bangunan sekolah. dia pergi ke tandas demi mencuci lukanya. masuk sahaja di dalam tandas perempuan, dia terlanggar bahu seorang pelajar dengan tidak sengaja. dia meminta maaf, namun kolar bajunya dicengkam lalu lehernya dicekik begitu sahaja.

woi, perempuan! kau nampak tak kau langgar apa sekar- eh? roseanne? huh, muncul juga kau, ya? puas aku cari kau. kau ingat kau boleh lari dari aku ke?

kata pelajar perempuan yang bername tag ‘ eugene ahn ’. tajam matanya memandang ke arah anak mata roseanne. namun, wajah roseanne hanya beriak biasa. seolah-olah sudah masak dengan perlakuan pembuli itu.

aku nak tanya kau ni, mana duit kau? tak kan kau langsung tak bawa duit? huh? agaknya, berapa je duit peninggalan appa kau tu? kesian lah kau ni. dahlah pembunuh. bunuh appa sendiri lagi. eh, perempuan. kalau kau nak tahu, satu sekolah ni pun dah tahu kau ni pembunuh yang tak sedar diri!

suara eugene ditinggikan dan sengaja menghamburkan kata-katanya dekat telinga roseanne.

dan pada waktu itulah, air mata jernih sudah bertakung di kelopak mata roseanne. matanya berkaca. dia memandang ke arah eugene ahn setelah tidak bertentang mata dengan pembuli itu.

dengan beraninya, dia menolak badan eugene dengan kuat dan memandang kembali eugene dengan tatapan yang sangat marah.

boleh tak jaga sikit mulut kau tu? muka cantik, tapi mulut busuk kalah longkang, kalah bangkai! muka lawa, hati busuk! ada ada nak sebarkan perkara yang tidak betul? kau hina aku macam tu sekali ke, eugene? buruk sangat ke aku dekat mata korang ni? apa salah aku? tolonglah, jangan libatkan appa aku sekali. kalau korang tak tahu perkara sebenar, tolong jangan nak memandai buat cerita!

sekuat hati dia berkata itu depan depan eugene dan gengnya. ramai yang terdengar pertengkaran itu dari luar turut memunculkan telinga untuk mendengar. ada yang sempat merakam agar dapat dijadikan bukti. ada yang turut membawang.

eugene mengkekeh. namun tidak lama. dia menampar pipi roseanne dengan kuat dan itu menyebabkan pipinya merah. sakit, memang sakit. itu lah bagi roseanne. namun wajahnya masih dengan wajah marah.

oh. dah berani ya melawan? eh, perempuan. kau jangan nak cover diri kau la. perempuan macam kau ni tak layak ada dalam sekolah ni. oops, actually you don't deserve to be in this world too. why don't you just die with your father? it's more better after you killed your father then you die after that. no one will look at you anymore. teheee!

dengan mudah, eugene mengatakan itu. terang terang. namun roseanne merasakan eugene itu sudah melampau. apa yang patut dia beritahu adalah, perkara yang sebenar. ini sudah melampau.

selalunya, eugene akan membuat rumor tentang roseanne. seperti, pernah di goda dengan lelaki tua, menggoda suami orang dan sebagainya. oleh itu, ramai yang memandang serong terhadap roseanne.

lalu, roseanne cuba menjelaskan bahawa dia tidak bersalah dan yang salahnya itu eugene, si ratu rumor Saebom Highschool.

satu sekolah ni tahu la kau tu tukang gosip. buat rumor yang tak betul. kau tu pembuli. mana kau tahu yang aku bunuh appa aku? mana kau tahu?! sedap je mulut kau ni kan mengata buruk dekat orang. kalau aku hajar mulut kau ni guna cili padi, memang padan lah!

eugene sudah merah padam mukanya. dia tidak mahu dirinya dipandang buruk. oleh itu, dia tetap menegakkan kebenarannya.

everyone doesn't believe you. you're just a weak dumb girl that everyone know. no one can believe you. oh, so kau still nak cover diri kau? huh jangan haraplah. nampak sendiri kau tu dalang appa kau mati. mati sebab dilanggar kereta! dan itu disebabkan kecuaian kau sendiri!

roseanne sudah tidak dapat berkata apa lagi. memang ada benar juga apa yang dikatakan eugene. dia tidak dapat membendung air matanya lagi. rasa bersalah mula menimpa diri.

tapi.. adakah aku benar benar penyebab appa mati?

roseanne tidak mahu menyambung lagi pertanyaan itu. dia dihantui rasa bersalah sejak dia masih kecil lagi. dan sekarang, roseanne merasakan dirinya adalah orang yang paling teruk di dalam dunia ini.

mata mata yang memandang roseanne tidak pula bersangka baik mahupun memberi pandangan positif namun makian cacian diberi.

itulah hidup roseanne di sekolah. dibuli, dipandang serong oleh penghuni Saebom Highschool.

oh, malang sungguh hidup aku! bilakah semua ini berakhir?

________________________________

TAGGIES
multistanxd24, kuacilee, meoww_kitty, mirraeun, lilggugie, multistanxd24,

❛ BEFORE I GO ❜     [ OG ]Where stories live. Discover now