# 07 POV

67 4 0
                                        

aku berada di sebelah eomma aku sambil membawa bakul yang berisi apple merah. nenek aku menekan butang merah pada pintu rumah abang jun.

tidak sampai seminit, abang jun membuka pintu dan melihat kami dengan senyuman yang ceria.

dia mempelawa kami untuk masuk dan duduk di atas sofa. aku melabuhkan punggung aku di atas sofa dan meletakkan bakul berisi apple merah itu di atas meja.

entah mengapa, mata aku ternampak ada jam antik yang sangat familiar dan jam itu terletak di dalam rak koleksi barang-barang abang jun. seingat aku, kebanyakan barang barang di dalam rak abang jun ni semuanya figure hatsune miku, figure kle dan juga hero hero seperti marvel, spiderman dan captain america. tidak pula aku nampak jam antik didalam rak koleksi abang jun sebelum ini.

paling pelik, jam antik itu 100% sama seperti jam antik yang muncul di dalam mimpi aku semalam.

apa khabar, jun? sihat-sihat sahaja?

nenek ku bertanya abang ju dengan suara ceria.

baik sahaja, halmeoni. auntie rosa baik baik sahaja?

sopan tutur abang jun kepada kedua-dua wanita tua itu.

ya, jun. auntie baik baik sahaja.

huh! di rumah orang baik baik sahaja. tengok la pulang nanti, habis berkecai piring jadinya.

tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. seorang jejaka memakai t-shirt hitam bersama dengan seluar jeans hitam hadir. rambut berwarna coklat gelap dan bergaya, serta tubuh tinggi lampai ala ala model antarabangsa!

aku memandang ke arah wajah jejaka itu. masa itu, kami bertentangan mata. entah mengapa sekarang aku dapat rasakan degupan jantung. ya, sama dengan bunyi degupan jantung dalam mimpi aku. tetapi aku tidak pula merasakan ia datang dari aku..

jejaka itu terus memberikan aku senyuman yang manis dan lebih manis dari gula. abang jun perasan akan kehadirannya.

vid, jemputlah duduk di sini. marilah berkenalan dengan jiran kita.

kata abang jun kepada jejaka yang bernama 'vid' itu.

selepas itu, jejaka itu mengangguk lalu duduk di atas sofa dimana sofa bersebelahan dengan aku. aku menelan air liur. aku tidak biasa dalam situasi ini..

selepas itu, seorang lagi jejaka hadir, kali ini jejaka berambut perang, memakai sweater berjenama GAP berwarna red wine dipadankan seluar jeans berwarna light blue. pendek 2cm daripada jejaka yang bernama 'vid' itu.

hm betulkan anggapan aku?

jejaka tadi itu tersenyum memandang kami dan duduk di sebelah jejaka yang memakai t-shirt hitam tadi.

wah, jun. siapa mereka ini? hensem hensem nenek nampak!

nenek aku memuji. dan sempat bertanya lagi!

perkenalkan diri kamu, wahai adik-adikku.

abang jun membalas lalu memandang ke arah dua jejaka tadi.

annyeonghaseyo. my name is david. david kim. can call me vid. or david or avid or abid. or you can call me whatever you want. i am 18 years old and my hobby is reading, oh dan melukis juga! aku sangat suka melukis!

huh, david, abid, avid. banyak nama panggilan. macam je aku nak panggil nama manja dia.

hello and good morning to all beautiful ladies here! my name is sam kim. i am the youngest brother. i am 17 years old and FYI my hobby is playing a video game.

hah. budak-budak. junior aku ni haha! alah, rosie rosie.. janganlah mengata dia.

oh, nice to meet you two, young man. nama nenek ialah jennifer park. panggil nenek je. dan ini, rosalie park. satu lagi, hah rosie, kenalkan diri kamu.

gulp. alang alang kenalkan diri aku juga la, nek. aku dahla tak biasa. ish, tengok tu. david dah tengok aku. huh! apa apa sahajalah!

hello. my name is roseanne park. rosie. 18 years old. and that's all.

aku mengekalkan sikap dingin aku. memandang meja dengan kosong. suara biasa sahaja. dan aku malas nak cakap panjang panjang. takde apa yang special kat diri aku ni .

what a beautiful name since your name is closed to rose. it's beautiful, same as the person in front of me.

pipi aku merah selepas mendengar pujian dari david. oh, panas! kenapa pipi aku menjadi panas? tidak.. tidak!

buat pertama kali aku dengar orang memuji aku. dan orang pertama itu ialah.. david kim.

betul kata kau tu, vid. rosie cantik tapi my girlfriend is way more prettier!

saja sam berkata itu. aku terus memandang dia dengan wajah marah. huh! girlfriend? budak budak begini dah ada kekasih, ya? ish! dasar menunjuk! show off!

sam! aduh hahaha sorry, rosie. sam memang gini. annoying dia buat nak lempang sikit.

nasib abang jun meredakan kemarahan aku. selepas itu aku memandang ke arah sam namun mata aku tetap ' menarik ' aku memandang ke arag david.

tiba-tiba, aku terdengar bunyi degupan jantung. apa kah ini? kenapa bunyi ini semakin kuat? apakah aku mempunyai kelebihan untuk mendengar degupan jantung seseorang?

hm, rosie sekolah kat mana?

lembut sahaja suara david menanyakan soalan kepada aku. sekejap, suara ini..

suara ini pernah aku dengar.. tapi dari mana ya?

tanpa membuatkan david menunggu, aku menjawab .

saebom highschool.

singkat. malas aku nak panjangkan. itu lah aku. cold introvert.

wah! satu sekolah nanti. mungkin vid dan rosie ni jodoh agaknya. heheee

hah?! jodoh?! naur! kenal pun belum sejam, ada nak dikata jodoh? aku tengok muka david kim ni pun macam nak alihkan pandangan. tapi mata aku ni sibuk je nak tengok dia. hish!

haha! hyung ni.. janganlah begitu. tu tengok tu, pipi rosie dah merah. mesti dia malu.

david menjawab dengan ketawa kecil lantas memberikan senyuman yang cukup manis terhadap ku.

masa itu jantung aku berdegup laju. senyuman dia manis sekali.. oh tidak! jampi apa dia pakai sampai membuatkan aku jadi begini?

aku cepat-cepat mengubah fikiran dan ekspresi muka. jual mahal sikit.

namun, degupan jantung aku semakin laju. hish! david punya pasal lah ni!








❛ BEFORE I GO ❜     [ OG ]Where stories live. Discover now