nama aku roseanne park. tapi panggil sahaja aku rosie. aku berumur 18 tahun. tidak lama lagi aku akan menamatkan zaman persekolahan aku dalam beberapa bulan. aku tidak sabar mahu keluar dari sekolah ini. sepanjang 6 tahun berada di sini, 6 tahun juga lah aku terseksa. 6 tahun juga lah aku cuba untuk menahan diri aku untuk membunuh diri.
disekolah, tidak ada sesiapa pun menegur aku. bertanya khabar dengan aku. bahkan menjadi teman aku. tiada. tiada sesiapa yang mahu. aku seperti orang jahat bagi mereka. guru guru disini juga tidak ambil peduli dengan keadaan pelajar mereka.
buli? aku sering dibuli. sejak aku masuk sekolah rendah. sebelum aku masuk Saebom Highschool juga aku sudah dibuli. di maki. perit, sakit bukan kepalang tambahan pula anggota tubuh badan aku menjadi mangsa. ditumbuk, ditampar, atau ditendang sampai senak, berdarah darah pun tiada yang peduli.
tetapi, aku masih bersyukur kerana masih ada yang sudi menjadi kawan aku. menerima kekurangan aku. kevin yoon. kawan baik aku. sahabat aku. dia lah yang selalu bercerita dengan aku. aku sangat selesa bersama dengannya.
aku akan selalu menunggu dia semasa pulang sekolah. selepas itu, kami akan berjalan sama sama ke café yang berdekatan. sejujurnya, kevin seorang yang baik. walaupun begitu, sebaik mana pun dia, tiada siapa pun yang tertarik akan dia.
rasa bersalah juga untuk ketawa. tetapi, memang benar. sudah banyak kali dia menggoda perempuan namun tiada siapa yang tertarik dengannya. aku berharap, dia akan jumpa orang yang benar benar tepat untuk dia.
dan aku? tiada siapa berminat dengan aku. sudah aku tahu, bahawa aku bukanlah istimewa untuk sesiapa.
itu sahaja yang aku mahu luahkan. oh! kevin sudah datang! mungkin di lain masa nanti, aku akan meluah lagi.
— roseanne park
YOU ARE READING
❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]
Fanfiction❝ i always love you until my last breath ❞ - roseanne park, seorang gadis yang introvert dan sentiasa mengalami depresi dan hampir bunuh diri. namun, hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang jejaka yang periang bernama david kim. tetapi davi...
![❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]](https://img.wattpad.com/cover/244493544-64-k276824.jpg)