aku merebahkan badan aku di atas katil selepas membersihkan diri. mata aku bengkak akibat menangis. namun, sudah cukup untuk harini. esok cuti sekolah. jujur aku berharap sangat hari cuti menjelma.
malam ini, aku ingin tidur dengan lena. aku ingin memulakan hari aku dengan tabah walaupun diri ini sudah penat dengan suasana rumah yang jarang sekali aman.
aku menguap sebelum pandangan aku menjadi gelap.
ttik.. ttik.. ttik.. ttik.. ttik..
aku terdengar bunyi jam berdetik. aku ingin membuka mata aku tetapi tidak dapat. namun, entah mengapa pemikiran aku mengawal diri aku. dan aku akhirnya dapat membuka mata aku selepas itu. aku terkejut, kerana aku tidak tahu aku berada di mana.
hanya ada pemandangan yang indah, serta jam antik berada di atas tanah. pemandangan indah, dimana tumbuh-tumbuhan hijau yang segar, aku dapat merasakan tempat ini sungguh nyaman. lalu, aku ternampak seorang jejaka dari arah yang jauh.
aku ingin melihatnya lebih dekat kerana aku tidak nampak namun kaki aku tetap kaku. seluruh badan aku kaku.
bunyi jam berdetik beberapa kali. tiba-tiba, aku terdengar suara jejaka yang lembut bergema.
roseanne, aku akan datang. bersabarlah.
aku tidak mampu bersuara. itu sahaja yang dikatakannya. jejaka yang aku nampak tadi hampir dekat dengan aku namun aku masih tidak nampak melainkan tubuh yang tinggi.
pandangan aku jadi gelap kembali. namun tidak lama, aku berada di ruang yang sangat familiar. sekejap.. ini bukankah ruang tamu abang jun? aku melihat sekeliling. memang seperti biasa, barang barang abang jun teratur. sofa, almari, television. semuanya sama! tapi aku belum pernah nampak satu benda ini. jam antik. aku belum pernah nampak jam antik ini di dalam ruang tamu abang jun.
jam antik itu terus berdetik. aku memandang ke arah kanan aku. aku ternampak seorang jejaka yang duduk di atas tangga rumah. dan mata kami bertaut. aku tidak mengenalinya. namun, jejaka itu memandang aku. tetapi tidak lama.
jam antik berdetik lebih cepat. dan aku mendengar degupan jantung.
apakah maksud semua ini?
segalanya hilang semula. jam antik dan jejaka tadi hilang. pandangan hitam pula menjelma.
.. . . .
.. .. .. .
... . .. ..
aku terbangun. melihat sekeliling. tidak ada apa-apa melainkan bilik aku sendiri.
hanyalah mimpi?
YOU ARE READING
❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]
Fanfiction❝ i always love you until my last breath ❞ - roseanne park, seorang gadis yang introvert dan sentiasa mengalami depresi dan hampir bunuh diri. namun, hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang jejaka yang periang bernama david kim. tetapi davi...
![❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]](https://img.wattpad.com/cover/244493544-64-k276824.jpg)