hidup aku memang begini ke? aku pembawa malang ke kat korang? aku dah kata, aku tak bunuh ayah aku! tapi eugene yang sebar rumor yang tak betul tu! terus korang percaya dia 100% sebab dia lawa je kan? aku yang berbingkai kaca mata ni korang tepikan.
aku penat! penat sangat. hidup aku kalau boleh nak tamat je sekarang. aku lelah.. sudah muak. penat.
kalau di sekolah aku tak boleh bahagia, kenapa kat rumah pun tak relakan aku untuk gembira?
aku berlari. menuju ke arah roof top sekolah. aku membuka pintu roof top lalu berjalan ke arah hujung bangunan.
angin meniup rambut aku perlahan. mata aku mengalirkan air mata. namun, aku merasakan diri ini tenang buat seketika. aku memandang ke bawah roof top. tanah. ya tanah. andai aku terjun dari roof top ini. masihkah ada sisa nyawa aku ada?
alangkah baiknya dari dulu aku lakukan itu. pasti sekarang aku tenang.
aku ingin terjun dari bangunan ini. namun, aku ingin mengimbas kembali semula kenangan pahit dan manis aku selama aku hidup sebelum aku menamatkan hidup aku sendiri.
teringat dahulu, waktu aku berumur 5 tahun. aku bermain bersama ayah aku. itu lah kali pertama dan kali terakhir aku tersenyum dan ketawa. disebabkan ayah aku sibuk bekerja di luar negara, aku jarang sekali bertemu dengan ayah.
aku mengharapkan ayah panjang umur namun suatu hari, semasa aku dan ayah melintas jalan raya untuk membeli ais krim, aku berjalan lebih laju dari ayah.. dan ayah memanggil aku. yahh! aku ingat kejadian ini! masa itu, ada sebuah kereta yang hampir melanggar aku namun ayah dengan cepatnya menolak aku tetapi ayah pula dilanggar!
aku ingat kejadian ini! seingat aku, pemilik kereta yang melanggar ayah aku itu langsung tidak pun keluar. dia terus jalan dan melarikan diri.
tetapi, aku masih rasa bersalah. sampai sekarang, ramai yang mengatakan aku ini dalang ayah aku mati..
di sekolah, hampir semua pelajar tidak menyukai aku. dengan penampilan aku yang nerd, muka tak rata ( berjerawat ) , dan sering menjadi mangsa buli eugene ahn. ( ahn yujin )
tapi, syukur. aku masih mempunyai kawan yang bernama kevin yoon. jika aku mati harini, pasti tiada kawan dia untuk bercerita lagi.. pasti dia merasakan kesunyian tapi dia sepertinya lebih mementingkan perempuan yang dia minat. huh! kalau aku dah mati nanti, aku nak sangat kacau dia sampai dia terkencing kat katil HAHAHA
di rumah, eomma dan nenek selalu bertengkar. macam itu lah rutin harian mereka. aku sudah penat. aku kalau boleh nak sangat tuli kan telinga ini kalau dengar mereka bertengkar. nenek langsung tidak menganggap eomma ni menantu dia. suasana di dalam rumah sangat tidak ramah. tidak tenang.
keluarga abang jun.. jiran yang paling baik pernah aku jumpa. abang jun.. sam dan..
HISH! mamat tu lagi! kenapa mesti juga aku nak hadap muka mamat tu?! huh! dahlah suka ikut orang, penyibuk betul!
dahlah.. aku tak pernah bahagia! aku tak pernah gembira. aku tak tahu lah kenapa semua nak aku menderita! baik aku mati je.
dan aku pun bersedia untuk membuka langkah untuk lompat dari rooftop itu. namun ada tangan menarik aku dengan pantas. sehingga aku terjatuh...
ROSIE !!!
YOU ARE READING
❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]
Fiksi Penggemar❝ i always love you until my last breath ❞ - roseanne park, seorang gadis yang introvert dan sentiasa mengalami depresi dan hampir bunuh diri. namun, hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang jejaka yang periang bernama david kim. tetapi davi...