sudah pukul 6 pagi, roseanne bangun selepas diulit mimpi. mimpi yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
dia berjalan menuju ke bilik air untuk mencuci muka.
teruk sangat aku nangis semalam.. bengkak dia sampai keesok bhai!
katanya dengan nada serak serak baru bangun.
rosalie, tolong buatkan aku kopi panas. buat sarapan juga, ya?
kedengaran suara neneknya dari tingkat bawah. hm, selalunya pagi begini memang dua wanita di dalam rumah itu bertengkar, mengherdik dan meninggi. entah kenapa suara neneknya sekarang rendah sahaja. dah habis battery kerongkong agaknya!
ma, memang alie tengah sediakan breakfast. nanti kalau rosie turun, bawa dia makan sekali ya, ma?
eh? kenapa pula mereka berdua sudah lemah lembut ni? roseanne berasa pelik.
lain macam je aku rasa.. selalunya, setiap pagi tu lah barang di hempas sana sini. ini aman sahaja. apa yang terjadi?
tch tch.. roseanne, roseanne. tak lama selepas itu,
rosalie?! kenapa kau alihkan gambar richard kat sini? dah tak sayang laki ke kau ni?!
hah, dah berbaik kah? roseanne merasakan semuanya hanyalah mimpi seketika. pergaduhan sudah bermula.
apa ni, ma? alie alihkan gambar suami alie sebab tempat tu kotor. nak dibersihkan.
balas eomma roseanne.
hey, perempuan. dah tua, makin bermaharajalela ye. ingat rumah yang kau tumpang ni siapa punya?
roseanne menggeleng. kepalanya dipicit lagi. tak bolehkah mereka berbaik sahaja?
nenek! eomma! sudahlah!
jerit roseanne. terkejut beruk dua wanita itu jadinya. tiba tiba sahaja anak dara itu menjerit bagaikan orang hilang waras.
eh, rosie? dah bangun? nak breakfast ke?
eommanya cepat cepat ubah topik. janganlah dia nak layan emak mertuanya yang memang boleh tahan panas mulutnya itu.
roseanne mendengus lalu meninggalkan tempat itu. niatnya mahu pergi ke balkoni rumah untuk menenangkan diri seketika.
di balkoni, dia menghirup udara segar. tiba-tiba, dia ternampak kereta yang tidak pernah dilihatnya berada di parkir kereta rumah abang jun.
huh? siapa pula datang pagi pagi buta ni? kereta bukan main mahal!
roseanne menggeleng kepala lagi. tidak ingin berfikir dan masuk campur. dia memandang ke arah awan yang masih sedikit gelap. matahari belum lagi naik.
tiba-tiba, dia teringat akan mimpinya itu. seorang jejaka yang hadir di dalam mimpinya berlegar di dalam fikirannya. namun, dia tidak ingat bagaimana rupa jejaka itu. jejaka itu sebaya dengan dia. ya, sebaya!
siapa dia?
roseanne cuba mengingat kembali.
jam antik, jejaka misteri.. ruang tamu abang ajun..
hm.. dalam banyak banyak tempat, kenapa ruang tamu abang ajun juga eh?
kini, beribu-ribu soalan berada di dalam kepala roseanne. mimpi bertemu dengan seorang jejaka. ini baru pertama kali dia bermimpi seorang jejaka!
kejap ya, sam! aku ambik barang jap.
roseanne terdengar suara dari kawasan parking kereta itu. seorang jejaka yang keluar dari rumah abang jun. berpakaian baju t-shirt berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam. namun wajahnya masih samar-samar. lagipun roseanne memang ada masalah mata tapi tidak begitu serius..
tiba-tiba, eomma roseanne panggil. dia segera melangkah pergi dan menuju ke tingkat bawah.
ya eomma?
eommanya membawa bakul yang berisi buah epal dan buah limau mandarin.
nanti lepas breakfast, kita pergi ke rumah abang jun ya?
roseanne mengeluh. haih.. buat apa nak pergi ke rumah abang jun?
taknak la eomma. eomma je la pergi. bawa la nenek sekali.
roseanne terus duduk di atas sofa sambil menikmati sandwich yang baru diambilnya.
mana boleh begitu, rosie. abang jun jemput kita semua la.
roseanne, roseanne. sebenarnya bukan dia tidak mahu pergi ke rumah abang jun dengan eomma dan neneknya sekali tetapi dia tidak suka jika neneknya mengata dia dekat abang jun. sememangnya, neneknya begitu meneliti seseorang. hah, tahu tahu, nenek roseanne ni suka sangat abang jun ni. haha!
ye la.. mari breakfast dulu.
balas roseanne dengan wajah kosong. kerusi diambil lalu melabuhkan punggungnya. neneknya pula mengambil sandwich bersama dengan kopi panas lalu duduk di atas sofa. manakala eommanya duduk bersama rosenane.
nampak sangat neneknya tidak mahu duduk semeja dengan eommanya.
bila lah mereka berbaik?
__________________________________
YOU ARE READING
❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]
أدب الهواة❝ i always love you until my last breath ❞ - roseanne park, seorang gadis yang introvert dan sentiasa mengalami depresi dan hampir bunuh diri. namun, hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang jejaka yang periang bernama david kim. tetapi davi...
![❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]](https://img.wattpad.com/cover/244493544-64-k276824.jpg)