# 08 DAVIDS POV

60 4 2
                                    

aku memandang pemandangan di balkoni rumah. sekarang sudah masuk jam 10 pagi. aku melihat langit yang biru. begitu indah sekali. aku merasakan jiwa aku tenang saat ini.

aku melihat pasu bunga rose yang ditanam oleh abang jun. aku tersenyum sendiri.

rose.

rosie.

roseanne.

nama gadis itu berlegar di dalam fikiran ku sekarang. wajah masam bak cuka epal itu masih segar di dalam ingatan. sejujurnya, aku langsung tidak ada niat untuk melupakan kejadian itu tetapi, gadis bernama roseanne telah membuatkan ku membuatkan aku merasakan perasaan aneh..

aneh? apa maksudnya? tidak mungkinkah aku suka padanya?

begitu pantas hati aku menyukai gadis sepertinya. tetapi aku tidak boleh menipu. gadis berkaca mata itu sangat cantik. rambut berwarna blonde, mata coklat gelap bersama dengan wajah masamnya. aku rasa, jika dia senyum, pasti lebih mencairkan hati!

aku memandang ke arah rumah jiran aku. tak lain tak bukan. roseanne park. aku melihat dia sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke arah langit. eh, tidak sedar pula dia berada di situ.

aku memerhati dia. aku mengulum senyuman sambil memandang ke arahnya. cantiknya..

dan tiba-tiba mata kami bertentangan. seperti ada magnet yang menarik matanya ke arah mata aku. tidak lama kemudian, dia menggelengkan kepalanya dan cepat cepat beredar dari situ.

aku tergelak kecil selepas melihatnya. sungguh, dia sangat aneh. lain daripada yang lain.

telefon iphone 12 pro max aku menghasilkan getaran. oh, mommy! pasti mommy yang menelefon aku. aku segera mengambil telefon aku. sudah ku duga, mommy telefon. aku menekan butang hijau lalu aku bertanya kepadanya.

ya mommy?

yah, david! kamu tak beritahu mommy pun yang kamu dah sampai? aigoo.. mommy dari kemarin risau tau tak?

ala, mommy. jangan risau lah mommy. actually, sam pandai memandu pun. saja nak biarkan dia memandu.

aigoo, vid. macam mana mommy tak risau? kamu tu sakit, vid.

aku terdiam seketika. aku mengeluh nafas aku sebelum menjawab.

mommy, vid okay la mommy. nanti vid makan ubat. nanti ada interview dengan doctor juga. mommy tak perlulah risau.

baiklah. mommy harap kamu, jun dan sam baik baik sahaja. nanti dah masuk sekolah, jangan lupa belajar rajin-rajin. tetapi, utamakan kesihatan kamu, vid. mommy.. mommy.. hks.. david..

aku terdengar suara sebak mommy aku. ya, aku turut menahan air mata aku sekarang ini. mengapakah aku harus lalui semua ini?

mommy risau dekat kamu, vid.. kesian anak mommy. semoga kamu sentiasa baik sahaja. dan janganlah lupa berdoa. mommy sayang kamu, david.

air mata aku sekarang tidak dapat aku tahan lagi. untuk melegakan hati mommy, aku pun berkata,

ya, mommy. thank you for your advice and i will take care myself too. i love you too, mommy.

alright, vid. i will hang up. kirim salam dekat, jun dan sam ya?

ya, mommy. i will.

dan mommy aku pun menamatkan panggilan. aku menyeka air mata aku. semoga hari esok, baik baik sahaja.

tags.
quellsyquellsy  -mxxmin_zeha- co0lin qishyeng

❛ BEFORE I GO ❜     [ OG ]Where stories live. Discover now