# 04 POV

76 6 0
                                        

teruk sangat hidup aku ini! kenapa lah aku hidup seperti ini? aku tak ingin semua ini! aku juga ingin gembira tapi kenapa aku tak boleh? tak boleh ke aku gembira?

aku sudah muak, sudah malas, sudah penat hidup seperti begini. jika di rumah aku tidak dapat gembira bersama keluarga, mengapa sekolah pun tidak membenarkan aku untuk gembira? ketawa? tersenyum? apakah aku pernah tersenyum? ketawa? gembira?

kalaulah appa masih ada.. keadaan aku tidak lah seteruk ini.

di sekolah, semua pelajar membuli aku. ada yang menyebarkan tentang aku membunuh appa aku sendiri tapi aku tidak bersalah, kan?! aku langsung tidak tahu.. mana buktinya aku bunuh appa aku?!

di rumah, eomma dan nenek selalu bertengkar kerana tidak sesuai jadi menantu lah, tidak layak itu ini lah, penyebab appa mati lah, apa lah. sudah! aku sudah cukup penat untuk meneruskan lagi perjalanan hidup aku. lebih baik sahaja aku bunuh diri. kan? senang. aku taknak hidup begini lagi!

ttok ttok ttok..

siapa kah itu? aku segara membuka pintu. ternyata, eomma datang. dia menutup pintu dan memelukku dengan erat. dia menangis di bahu aku. aku pun turut menangis.

“ rosie.. maafkan eomma.. eomma.. hks.. hks.. eomma tak dapat jadi ibu terbaik untuk rosie.. ”

eomma.. eomma jangan cakap begitu.. eomma adalah ibu terbaik untuk rosie! eomma kuat la, rosie masih tabah untuk teruskan hidup! walaupun rosie sudah muak dengan semua ini. eomma, rosie tak pernah tersenyum. rosie tak pernah rasa bahagia eomma..

aku meluahkan perasaan aku kepada permaisuri hati aku. eomma aku, yang aku sayang.

“ rosie.. kamu kena ingat, setiap benda yang berlaku, pasti ada hikmahnya. suasana yang gelap pasti ada cahaya akan menerangi. kamu harus berdoa kepada Tuhan. mintalah kebahagiaan datang untuk kamu, sayang. ingat, Tuhan sentiasa mendengar apa yang kamu doakan. jika kamu perlukan pertolongan, dia akan hantarkan malaikat untuk kamu, sayang. jadi, berdoalah. ”

eomma memelukku. air mata aku terus mengalir. aku pun menurut apa yang dikatakan oleh eomma.

semoga, seseorang hadir membuatkan aku gembira dan mengubah hidup aku.

itu lah impian aku.

aku harap seseorang hadir dan membuat aku gembira dan mengubah hidup aku menjadi lebih bahagia.







❛ BEFORE I GO ❜     [ OG ]Where stories live. Discover now