hari sekolah bermula kembali. dua hari cuti sepertinya tidak cukup. ramai pelajar hadir dengan wajah ketat dan tidak bersemangat.
sama seperti roseanne. hari sekolah dibenci olehnya. kalaulah cuti setahun. kan best?
roseanne berjalan dengan tidak bersemangat. spek mata dipakainya terus dibetulkan beberapa kali.
penampilannya harini macam biasa. rambut di ikat pony tail ala ala ariana grande, memakai uniform sekolah, dan tangan membawa buku.
“ aku benci sekolah. ” katanya singkat.
“ BWAH ! ”
roseanne terkejut beruk selepas disergah oleh seseorang. dia menoleh ke belakang. seorang lelaki berpakaian seragam sekolah memandang nya dengan tergelak selepas menyergahnya.
“ excuse me? kau nak makan pelempang dari aku ke? ”
“ ahahaha! rilek la, rosie. aku saja nak gurau. eish, marah betul muka tu. ” kata david sambil ketawa.
“ kau buat apa kat sini? dah sesat ke? ”
“ rosie, rosie. aku kan schoolmate kau. aku new student. kau tolonglah aku. pleaseee. ”
“ tch. pergi la sendiri. nak ikut aku kenapa? takut sesat? pft- ”
“ ala rosie ni. kita kan jiran. kena la harus tolong menolong. ”
“ kau jiran aku ke, kau kawan aku ke, aku tak kisah! kau buat hal kau sendiri dan jangan sibuk dekat aku. ”
roseanne melajukan langkahnya.
“ wait, rosie! don't leave me! heyy! ”
david mengejar roseanne. ketika itu, roseanne melintas jalan raya. lampu hijau masih bernyala. david perasan ada kereta yang bakal melanggar roseanne. matanya terbeliak.
“ ROSIE!! ” jerit david sekuat hati. dia berlari pantas sepantas kilat untuk menarik roseanne dari dilanggar.
roseanne mendengar jeritan david lalu memandang ke arah kanan. betul, ada kereta yang menuju ke arahnya.
tamatkan lah hidup aku sekarang. langgar lah aku! aku tidak sanggup untuk hidup lagi!
roseanne berhenti seketika dan kereta itu semakin mendekat. namun, david sempat menarik lengan roseanne. dan roseanne berada di pelukan david. akhirnya, nyawanya diselamatkan oleh jejaka itu.
namun roseanne melepaskan pelukan itu secepatnya. dia tidak suka dipeluk oleh lelaki yang tidak rapat dengannya.
“ kenapa kau tarik aku?! suka hati aku la aku kena langgar lori ke, kereta ke, kena bunuh ke. yang mati tu aku. bukan kau! ” roseanne berkata.
david masih tercungap-cungap selepas mengeluarkan tenaga dia. tiba-tiba dadanya sakit. dia menyentuh dadanya dengan keras. namun, cepat cepat dia mengalihkan tangannya lalu memandang ke arah roseanne.
“ kau dah kenapa nak mati ni? kau tau tak aku risau sangat kalau kau kena langgar? ”
“ hish. dahlah. daripada buang masa nak layan orang macam kau ni, baik aku pergi. aku taknak lewat. malas juga aku nak pergi sekolah. kat sekolah pun bukan aman pun bagi aku. bukan dapat ilmu. bala juga aku dapat. kat rumah pun sama. berantakan semuanya! malas aku nak hadap lagi. penat aku nak tahan lagi. penat! dahlah! ”
roseanne sempat berkata pada david sebelum dia berlalu pergi.
david setia mendengar apa yang roseanne katakan kepadanya.
dalam diam, fikirannya masih dalam proses. apa yang menimpa anak dara itu? apa yang menyebabkan dia seperti itu.
“ sekolah dan rumah. semuanya tidak aman.. maksud dia apa? ”
hanya itu keluar dari mulut david kim.
DI SEKOLAH 🏫
roseanne menuju ke loker. dia meletakkan barangnya. wajahnya hanya kosong. tidak ada senyuman mahupun kerutan.
“ dengar kata ada pelajar baru. ”
“ kawan aku kata pelajar itu berjalan dengan si roseanne yang malang tu. ”
“ haish, kenapa pelajar baru tu dekat dengan si malang tu? ”
“ aku nampak makin buruk je roseanne tu. ”
“ dibandingkan dia dengan eugene, aku rela nak jadi boyfriend eugene. haha! ”
“ pembunuh tak sedar diri. ada hati nak jalan dengan lelaki. ”
“ alah biarlah roseanne tu. tak layak pun dia sekolah kat sini. dahlah nerd. pakai spek. hodoh pula tu. hish! serabut aku. ”
- bisikan pelajar lain.
air mata roseanne mengalir. hatinya seperti ditikam habis-habisan. dirinya seperti orang yang paling hina sekali di sekolah.
tiba-tiba, ada tangan yang mengusap pipi roseanne. roseanne mengalihkan pandangan. wajahnya hampir dekat dengan david. ya, david. david berada dekat dengan dia sekarang.
“ rosie.. are you okay? ” lembut suara david menanya.
roseanne tidak berkelip mata memandang ke arah mata david. begitu lembut mata david. dia merasakan perasaan yang aneh. cepat cepat dia menolak dada bidang david. dia berlari dan meninggalkan kawasan loker itu.
semua mata memandang ke arah david. sepertinya, ramai yang tidak percaya akan kejadian tadi.
namun, david tidak menghiraukan keadaan. dia berlari dan mencari roseanne.
YOU ARE READING
❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]
Fanfiction❝ i always love you until my last breath ❞ - roseanne park, seorang gadis yang introvert dan sentiasa mengalami depresi dan hampir bunuh diri. namun, hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang jejaka yang periang bernama david kim. tetapi davi...
![❛ BEFORE I GO ❜ [ OG ]](https://img.wattpad.com/cover/244493544-64-k276824.jpg)