Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Nana POV :
Nama aku Hanina Radhwa. Tapi ahli keluarga dan kawan-kawan panggil aku Nana. Sebab masa kecil aku tak pandai nak sebut nama aku betul-betul. Jadi nama Nana tu paling senang untuk disebut atau dipanggil.
Aku berumur 24 tahun. Sekarang aku menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di tanah air sebagai pelajar Sarjana Muda bidang Pengajian Islam. Aku sekarang berada di tahun akhir iaitu tahun ketiga dan bakal graduate tidak lama lagi.
Aku mempunyai seorang ayah dan seorang ibu. Tetapi mereka berdua sudah bercerai masa aku berumur 6 tahun. Ayah aku sudah berkahwin dengan orang lain dan aku tak pernah jumpa dia sampai sekarang. Aku tak tahu di mana dia tinggal. Aku tinggal dengan ibu dan abang. Adik beradik aku cuma dua orang dan aku anak bongsu.
Di universiti, aku kurang kawan. Mungkin disebabkan aku introvert, dan aku sangat suka bersendirian. Tetapi aku salah seorang pelajar cemerlang di fakulti dan berada di tangga ke 7 diantara 10 orang yang selalu mendapat anugerah dekan. Ramai orang anggap aku sombong sebab aku kurang suka bercakap dan selalu membuat wajah serius. Tetapi percayalah, aku tidak seperti itu sebenarnya.
Suatu hari, ketika di cafe kolej, aku terlanggar seorang pelajar lelaki ketika sibuk beratur untuk membeli air. Dia pelajar International dari Korea Selatan. Nama dia Lee Taeyong. Aku panggil Taeyong. Sejak dari hari tu, hari-hari dia datang makan dan duduk semeja dengan aku. Akupun tak tahulah apa yang menariknya dekat aku ni sampai dia sanggup cari aku even aku duduk di surau kolej. Oh ya, dia non-Muslim. Dia sanggup kacau aku tengah baca al-Quran dekat surau untuk ajak berbual. Dasar. Tapi aku tak pernah layan. Oh ya, cara dia kacau tu melalui mesej atau call.
Alasan dia nak berkawan dengan aku lepas sehari dari hari kejadian terlanggar air tu, dia kata dia takde kenalan rapat dari orang Melayu. Korang rasa boleh terima ke alasan dia? Semestinya tidak. Banyak kali aku refuse permintaan dia untuk jadi kawan aku. Sampailah satu hari tu aku di perpustakaan, dia merayu sampai melutut depan aku. Dahlah ramai orang pulak tu. Habis semua orang pandang dan aku agak bernasib baik sebab takde orang yang kenal serta ternampak situasi aku dan dia tu. Kalau tak, tak pasal-pasal pulak jadi cerita lain.
Akhirnya aku terima jugak sebab aku kesian. Tapi still, aku tak berapa layan dia. Aku rimas dengan dia. Sebab dia asyik nak berkepit dengan aku macam belangkas. Masalahnya aku ni dari fakulti Pengajian Islam. Aku kena jaga akhlak aku, kena jaga semuanya la dan ya, aku pakai tudung labuh bidang 60. Dia tu dari fakulti Sains dan Matematik. Pulak tu orang Korea, bukan orang Islam, dengan warna rambut, berantai, dan ada masa pakai subang, kalau orang pandang tak ke pelik. Macam tak match persahabatan kami ni. Tapi aku takde pilihan, aku terpaksa jugak kawan dengan dia. Kalau tak dia mulalah nak berdrama.
Dia sangat-sangat tampan. Sebijik macam artis Kpop tu. Kalau dah tampan mestilah ramai peminatkan? Iya. Sangat-sangat ramai peminat. Sampai aku selalu kena ugut dengan peminat dia supaya jangan rapat dengan dia. Bodoh betullah perangai peminat dia. Macam budak tak matang. Tapi aku tak pedulipun. Sebab Taeyong sangat baik terhadap aku. Sangat menghormati aku walaupun aku beragama Islam dan berbeza personaliti dengan dia.