EPILOUGE

105 4 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Nana memandang ke arah Taeyong yang sedang mengibas-ngibas cadar dengan sehelai selimut nipis.

"Abang marah ke?"

Taeyong tidak memandang ke wajah Nana dan terus mengibas cadar tersebut.

"Kalau boleh Nana memang tak nak pun sakit ni, tapi nak buat macam mana."

Kini dia menepuk-nepuk bantal pula beberapa kali. Kemudian dia memandang ke wajah Nana.

"Tidurlah."

Nana merenung lama ke wajah suaminya. Dia tahu suaminya terasa dengan dirinya. Namun bukan dirinya minta untuk jadi sebegitu.

"Nana tak nak tidur kalau abang masih mengelak nak cakap hal ni dengan Nana."

Taeyong memandang ke arah lain lalu melepaskan keluhan berat.

"Tidur jelah. Esok kita cakap."

"Tak nak. Esok cakap hal lain. Hal hari ni kena cakap hari ni."

Nana mula melangkah ke arah Taeyong. Walaupun dia mula berasa mual apabila sudah hampir dengan Taeyong, tetapi dia tetap memaksa dirinya kerana dia tidak mahu hal tersebut berlanjutan.

Tubuh Taeyong dipeluk perlahan-lahan dan anak matanya dipejam serapat mungkin dengan linangan air mata. Sejujurnya dia benar-benar mahu termuntah, tetapi dia berusaha kuat menahan dirinya kerana dia tidak mahu Taeyong terus terasa dengannya.

Taeyong terkejut dengan pelukan Nana itu. Dia langsung menolak Nana supaya menjauhkan diri darinya, namun Nana menguatkan pelukan ditubuhnya.

"Nanakan mabuk, janganlah peluk abang."

Nana menggeleng.

"Nana tak nak abang terasa dengan Nana. Nana tak suka abang muram sebab Nana."

Semakin galak air matanya mengalir kerana dia benar-benar tidak tahan dengan bau badan Taeyong. Namun dia terpaksa memeluk Taeyong untuk mendamaikan hati suaminya.

"Abang cerita dekat kawan-kawan abang pasal ni sebab abang sedih dengan keadaan Nana. Nana tak nak abang sedih. Nana nak abang gembira macam selalu."

Taeyong sekali lagi melepaskan keluhan berat. Kemudian dia melepaskan pelukan Nana dan memandang Nana. Belum sempat dia membalas kata-kata Nana, Nana langsung menekup mulutnya lalu berlari ke bilik air.

"Nana!"

Taeyong mendengus lalu turut menuju ke bilik air untuk melihat isterinya.

"Janganlah paksa diri kalau tak boleh nak dekat dengan abang. Allahu..."

SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now