BAB 5 : KEJUJURAN

60 4 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Sudah lebih dua minggu Taeyong pulang ke Korea. Nana pula langsung tidak menghubunginya kerana mahu memberi peluang untuknya tenangkan fikiran. Jika diikutkan, setiap hari dia mahu bermesej dengan Taeyong atau video call dengan lelaki itu untuk melepaskan rindu. Iyalah. Sahabat lelaki yang paling rapat, sering bersama dan berkepit setiap masa. Kini sudah tiada.

Namun dia mendapat pengganti untuk sahabatnya itu iaitu rakan-rakan Taeyong. Antara yang paling rapat dengannya adalah Taeil, Yuta, Doyoung, Jungwoo, Mark dan Haechan. Dia kurang dapat dengan Johny dan Jaehyun kerana mereka berdua yang suka buat hal sendiri dan selalu dikelilingi perempuan. Jadi disebabkan itu, Nana kurang senang dengan mereka berdua.

Nana termenung memandang ke arah padang bola sepak yang dipenuhi pelajar. Mereka sedang mengadakan perlawanan antara kolej-kolej yang berada di dalam universiti. Disebabkan kolejnya yang tinggi di atas bukit dan benar-benar berhadapan dengan padang bola tersebut, Nana sering duduk di atas bangku-bangku kosong yang disediakan di atas lereng bukit untuk menonton perlawanan bola sepak dan mencari ketenangan.

Sedang asyik termenung, Mark, Haechan dan Jungwoo yang baru sahaja keluar dari blok mereka mula melabuhkan duduk di kerusi kosong semeja dengannya. Nana langsung tidak perasan akan kehadiran mereka bertiga dan menyebabkan mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

"Nana."

Nana tidak menyahut panggilan dari Mark tersebut kerana masih termenung.

"Na-na."

Melihat Nana yang masih belum menyahut panggilan dari Mark, Jungwoo bertindak meletakkan satu tin air soya di hadapan Nana yang dibelinya di mesin air tadi. Nana langsung tersedar dan menoleh memandang ke arah mereka bertiga.

"Eh? Bila korang sampai?"

Mark dan Haechan sudah mengeluh kecil. Sementara Jungwoo pula sibuk memakan ais krim.

"Baru je lagi. Kau okay tak Nana? Jauh betul termenung. Sampai tak sedar kitorang datang dekat kau dan panggil kau."

"Okay..."

"Minumlah air tu, Jungwoo belanja."

Nana tersenyum nipis memandang Jungwoo.

"Terima kasih."

Nana membuka penutup tin lalu meneguk sedikit air di dalamnya. Kemudian dia kembali memandang ke arah padang.

"Kau tak contact Taeyong ke?"

Soal Mark sambil memandang ke arah Nana. Nana menggeleng perlahan.

"Kenapa kau tak contact je dia kalau kau rindu dekat dia?"

SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now