BAB 2 : MENCUBA

91 4 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Taeyong termenung jauh memandang ke arah pelajar-pelajar yang sedang bermain tenis di dalam gelanggang. Doyoung dan Yuta yang baru sahaja selesai bermain bola keranjang mula menghampiri Taeyong yang sedang duduk berseorangan.

Doyoung merupakan pelajar dari Korea Selatan seperti Taeyong. Manakala Yuta pula pelajar dari Jepun, namun boleh berbahasa Korea kerana pernah tinggal disana beberapa tahun. Walaupun mereka berbeza tahun belajar dan Doyoung serta Yuta merupakan pelajar Sarjana Muda, mereka sangat rapat dan berkenalan melalui persatuan pelajar antarabangsa di universiti mereka.

"Hyung!"

Doyoung menepuk bahu Taeyong lalu membuatkan Taeyong berpaling dan memandang ke wajahnya.

"Eo? Doyoung-ie? Yuta-kun?"

Doyoung melabuhkan duduk di sebelah kiri Taeyong. Manakala Yuta pula duduk di sebelah kanan Taeyong.

"Hyung sorang je? Mana yang lain?"

Taeyong kembali memandang ke arah gelanggang tenis.

"Tadi hyung dengan Haechan dan Mark. Tapi diorang dah balik ke kolej sebab nak siapkan assignment. Yang lain tak tahu."

Doyoung hanya mengangguk perlahan.

"Jauh kau termenung. Fikirkan siapa?"

Soal Yuta pula sambil mengelap peluhnya dengan sehelai tuala kecil.

"Takde siapa..."

Taeyong melepaskan keluhan kecil dan diperhatikan oleh Doyoung dan Yuta.

"Hyung fikirkan Nana lagi ke?"

Doyoung tanpa teragak-agak menyoal soalan tersebut terhadap Taeyong. Doyoung dan Yuta sudah tahu tentang Nana. Malah seluruh kawan-kawannya sudah tahu tentang hal tersebut disebabkan dia yang sangat rapat dengan Nana seperti belangkas.

"Hmmm..."

"Dia reject hyung lagi ea?"

Taeyong hanya mengangguk perlahan.

"Hyung suka betul dengan dia ya?"

Taeyong tersenyum nipis.

"Tapi dia tetap reject hyung..."

"Dia rasa kau tak serius kot..."

Balas Yuta yang juga turut memandang ke arah gelanggang tenis.

"Entahlah... Aku nak give up. Tapi hati aku tak bagi..."

"Aku faham... Bila main soal hati dan perasaan ni, bukan senang kita nak buang atau elak. Nak tak nak kita kena hadap jugak. Walaupun perit."

"Betul tu..."

SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now