*****
Sambungan...
Doyoung memegang tangan Taeyong apabila melihat Taeyong terlalu berdebar sehingga berkali-kali dia menarik nafas.
"Hyung... Janganlah nervous sangat. Aku pulak yang nervous tengok hyung macam ni."
Yuta menghulurkan air mineral kepada Taeyong. Taeyong mencapai air mineral tersebut tanpa banyak soal. Penutup botol dibuka lalu diteguk sedikit air ke dalam mulutnya.
Taeil pula membantu mengusap belakang tubuh Taeyong berkali-kali. Berharap lelaki itu semakin tenang dan tidak terlalu bimbang.
"Taeyong, bertenanglah. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar."
Taeyong memandang ke wajah abang Nana. Melihat senyuman lelaki itu, dia akhirnya menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan dengan penuh ketenangan.
"Terima kasih."
Abang Nana mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Taeyong-ah. Kau nampak handsome sangat tau hari ni."
Taeyong menoleh memandang ke wajah Johny. Johny mengangguk sambil tersenyum manis.
"Muka kau berseri sangat-sangat. Aku tak tahulah berapa banyak dah gambar kau aku ambil dari tadi. Boleh buat album dah."
Taeyong tersengih lalu menundukkan wajah buat seketika.
"Hyung, nanti kita pergi dekat satu tempat yang lawa... Lepas tu kita ambil gambar ramai-ramai dekat sana nak?"
Taeyong mengangguk lalu tersenyum.
"Boleh..."
Mark tersenyum simpul sambil kembali mengambil gambar Taeyong menggunakan kameranya.
Setelah hampir 15 minit menunggu, Nana bersama ibunya dan beberapa orang ibu saudaranya tiba di ruang tamu rumah.
Taeyong tercengang apabila terpandang akan Nana yang berbaju kurung moden berwarna putih dan tampak sopan dengan make up natural serta tidak terlalu menonjol.
Sepanjang perkenalannya dengan Nana, itulah kali pertama dia melihat Nana memakai make up. Sungguh, dia tidak menyangka Nana secantik itu.
"Hyung, tutup mulut tu. Orang tengok."
Bisik Haechan perlahan di telinga Taeyong. Taeyong langsung menundukkan wajahnya. Namun tidak lama selepas itu dia mencuri-curi pandang ke wajah Nana dari sisi.
"Baiklah, mari kita mula."
Mereka semua mengangguk lalu tersenyum.
"Bismillahirrahmanirrahim. Muhammad Taufiq Lee bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Hanina Radhwa binti Ahmad Harraz dengan mas kahwin 80 ringgit tunai."
YOU ARE READING
SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]
Romantik"Kau dah nak habis belajarkan?" "Iyalah, kenapanya?" "Lepas kau grad kita kahwin." Taeyong tersenyum manis memandang ke wajah Nana. Nana langsung melepaskan keluhan berat. "Kau ajak aku jumpa semata-mata nak cakap pasal ni? Buang masa betullah..." J...