BAB 10 : ANUGERAH

85 3 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Sudah hampir setahun Taeyong dan Nana mendirikan rumah tangga. Kini Nana sudah berkerja di salah sebuah firma guaman di Bandaraya Kuala Lumpur. Sementara Taeyong pula kekal menjadi pensyarah di universiti tempatnya dan Nana menuntut sebelum ini. Nana tidak jadi sambung belajar di Jordan disebabkan dia sudah gembira dengan pekerjaannya yang sekarang. Begitu juga dengan Taeyong. Taeyong tidak jadi sambung belajar di Amerika disebabkan dia sudah bergelar sebagai seorang suami dan tidak mahu berpisah dengan Nana walaupun hanya untuk dua atau tiga tahun.

Taeyong dan Nana tinggal di salah sebuah apartment yang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Ini disebabkan mudah untuk mereka berdua menuju ke tempat kerja.

Johny dan Taeil pula sudah hampir selesai membuat PHD. Mereka hanya mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan Tesis. Manakala Yuta, Doyoung dan Jaehyun sudah berada di semester akhir Ijazah. Jungwoo pula berada di semester akhir Diploma. Mark dan Haechan masih berjuang untuk segulung Diploma mereka dan mempunyai setahun sahaja lagi untuk tamat belajar.

Mereka semua masih sering bertemu dengan Taeyong biarpun Taeyong sudah tinggal di luar kampus. Antara yang paling kerap bertemu dengan Taeyong adalah Jungwoo, Mark dan Haechan kerana mereka satu fakulti iaitu fakulti Sains dan Matematik. Taeyong merupakan salah seorang pensyarah mereka untuk pelajar Diploma.


*****


Taeyong masuk ke dalam rumah apabila sesudah memberi salam sebanyak tiga. Dia menjadi hairan seketika apabila melihat Nana tidak menyahut salamnya. Kebiasaannya pasti wanita itu menyambutnya pulang dari kerja.

"Nana!"

Jerit Taeyong apabila melihat sekeliling rumah yang agak sunyi dan tiada sebarang bunyi. Televisyen di ruang tamu juga tidak dibuka.

"Mana Nana ni, pintu rumah tak kunci. Tapi dianya entah kemana-mana."

Taeyong meletakkan kunci keretanya di atas meja di tepi pintu rumah. Kemudian dia meletakkan beg laptopnya di atas sofa dan menanggalkan dua butang baju kemejanya. Setelah itu, kakinya melangkah menuju ke bilik tidur.

"Hanina Radhwa. Dimanakah anda berada?"

Panggil Taeyong sambil memandang seketika ke arah bilik lain sebelum masuk ke biliknya.

"Sunyi semacam je rumah. Takkan keluar kot."

Taeyong membuka pintu bilik lalu menjengul wajahnya ke dalam. Saat terpandang akan Nana yang terbaring di atas sejadah. Taeyong melepaskan keluhan kecil.

"Dah agak dah. Mesti tidur."

Taeyong melangkah masuk ke dalam lalu menghampiri isterinya. Tepukan lembut diberikan di bahu Nana.

SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now