Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
Nana POV :
Aku berhenti di bahu jalan disebabkan rasa serabut dengan apa yang berlaku tadi. Rasa geram yang amat sangat membuak-buak apabila teringat akan Yuta yang sengaja berbuat begitu dan membiarkan Taeyong tahu tentang rahsia aku.
Aku melepaskan dengusan yang agak kuat. Mataku dipejamkan serapat mungkin dan aku melabuhkan duduk seketika di bangku kosong yang tersedia.
Sejujurnya, aku sangat terasa apabila melihat Taeyong yang langsung tidak kisah walau dia sudah tahu tentang hal merisik itu. Doyoung memberitahu aku bahawa Taeyong sudah tahu hal tersebut dari mereka. Namun begitulah, tiada sebarang tindak balas darinya.
Aku menekup wajahku buat seketika. Tak pernah seumur hidup aku berdepan dengan sesuatu yang terlalu sulit seperti ini. Sesuatu kesukaran yang melibatkan perasaan sendiri.
Aku hairan. Bagaimana aku boleh memendam perasaanku selama ini dengan tenang tanpa diketahui oleh Taeyong. Sedangkan apabila dia sudah tahu aku sukakannya, dia berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku membuatkan aku rasa sangat terluka.
Aku jenis seorang yang sangat susah untuk mengalirkan air mata. Sesakit mana sekalipun ujian yang aku hadapi, aku tidak akan menangis. Tetapi sejak Taeyong tidak mempedulikan aku, aku menjadi sangat sensitif dan mudah mengalirkan air mata.
Seperti sekarang...
Nana POV off.
Nana menyeka air matanya lalu bangun dari bangku. Kemudian dia melangkah lemah untuk meneruskan perjalanannya ke fakulti.
Dalam diam, Taeyong mengekorinya dari belakang dan memerhatinya di sebalik rimbunan pohon.
Taeyong POV :
"Nana, kalau kau terluka, kenapa kau terima jugak lelaki tu nak datang merisik? Kenapa kau tak jujur je dengan perasaan kau? Kenapa kau sanggup biar hati kau terluka sedangkan kalau kau mengaku kau masih sukakan aku, kita berdua pasti akan bahagia sekarang ni."
Aku menundukkan wajah buat seketika. Sebelum kembali memandang Nana yang sudah berjalan agak jauh dariku.
Aku kembali mengatur langkah sehinggalah sampai di hadapan fakultinya. Apabila dia sudah memasuki ke dalam kawasan fakulti, aku meneruskan langkahku menuju ke perpustakaan.
*****
"Sampai bila kau nak simpan semua ni Taeyong?"
Soal Johny sambil memandang ke wajahku. Aku, Johny dan Taeil sedang melepak di cafe perpustakaan untuk makan tengah hari. Sepanjang hari kami cuma berada di perpustakaan untuk mencari bahan rujukan.