Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
Taeyong POV :
Aku memerhatikan Nana yang masih belum berhenti dari mengalirkan air mata. Aku tahu dia terlalu terluka lepas apa yang dia nampak tadi. Tapi aku terpaksa sangat buat semua ni.
Kalau tak disebabkan rancangan aku dan kawan-kawan aku, aku dah lama pergi dekat dia dan pujuk dia. Sejujurnya aku tak sampai hati tengok dia menangis sampai macam tu. Terasa sakit hati aku. Tapi aku takde pilihan lain selain hanya mampu tengok dia dari jauh macam ni.
Aku mula berpaling dan memandang ke hadapan. Keluhan berat aku lepaskan. Bayangkan selepas apa yang dia tengok di perpustakaan tadi, dia terus balik jalan kaki sampai ke blok tanpa naik bas. Sedangkan perpustakaan dan kolej bukannya dekat.
Lepas aku dah berbual dengan Mark, Haechan, Doyoung dan Yuta, aku terus berlari untuk kejar dia. Macam tulah hari-hari aku. Memerhatikan Nana dari jauh secara rahsia.
Sepanjang perjalanan dia menangis tanpa henti. Dia langsung tak peduli pandangan orang keliling yang tengok dia macam tu. Aku tak sangka pulak sampai macam tu sekali aku buat dia kecewa. Tapi aku bukan sengaja dan aku terpaksa.
Bila dah sampai masanya nanti, aku akan pastikan dia gembira dan bahagia setiap masa. Aku takkan buat dia sedih lagi macam sekarang.
Oh ya. Sebenarnya, perempuan yang aku peluk bahu dia di perpustakaan tu bukan kekasih akupun. Dia cuma kawan satu fakulti. Dia sambung Master jugak seperti aku. Cuma dia senior aku dan dia agak rapat dengan aku. Banyak bantu aku cari bahan untuk buat tesis.
Nama dia BoA. Dia dah nak habis belajar dah. Tengah tunggu untuk Viva. Dia tak tahupun pasal aku dan Nana. Tapi aku memang sengaja layan dia extra sikit bila Nana ada sebab aku nak tengok reaksi Nana. Tapi bila aku tahu Nana menangis tak ingat dunia, aku rasa menyesal pulak buat macam tu dekat dia.
Aku minta maaf Nana, sebab terpaksa lukakan hati kau. Aku janji yang aku takkan buat lagi semua ni bila rancangan aku berakhir.
Aku sayang kau Nana. Aku sayang kau sampai ke akhir hayat. Kau takkan pernah hilang dari hati aku.
Taeyong POV off.
*****
Mark menolak bahu Jungwoo apabila sudah berada di belakang Nana. Jungwoo pula menggeleng kepala dengan gelagat Mark yang tidak mahu menjadi permulaan untuk menegur Nana yang sedang makan berseorangan di cafe kolej. Akhirnya Jungwoo melangkah ke hadapan lalu menarik kerusi kosong yang berada di hadapan Nana.