BAB 3 : MENCARI

66 5 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Suasana yang agak hiruk pikuk di dalam dewan hotel tersebut langsung tidak menghalang Taeyong dari terus termenung bersendirian sambil memandang ke arah Nana yang sedang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Jarak meja makan antara mereka tidak begitu jauh dan memudahkan Taeyong untuk memerhati cinta hatinya itu. Perbuatannya itu membuatkan Johny yang berada di sebelahnya menyiku lengannya lalu membuat isyarat supaya memandang ke hadapan.

"Sudah-sudahlah pandang si Nana tu. Pandang depan tu hah."

"Mana ada aku pandang dia."

Johny langsung memandang ke arah mereka yang lain di meja itu lalu mencebik.

"Taeyong kata dia tak pandang Nana weh."

Serentak mereka semua turut mencebik seperti Johny.

"Kejap lagi, lepas habis majlis ni, aku nak kau jumpa dengan seseorang."

Taeyong mengerutkan sedikit dahinya.

"Siapa?"

"Nanti kau tahulah. Aku harap kau tak sibuklah dah nak fikir pasal Nana tu lagi. Kau jugak yang janji nak lupakan diakan?"

Taeyong langsung terdiam. Entah mengapa setelah Johny membangkitkan hal tersebut, hatinya terasa sedih tiba-tiba.

"Kau tengok dia. Dia langsung tak pedulikan kau Taeyong. Dari tadi aku tengok dia sikitpun tak pandang kau. Kau je yang sibuk pandang dia sepanjang masa. Silap-silap haribulan dia tak tahupun kau duduk dekat belah sini. Dari awal sampai hotel tadi, dia kata dia nak jumpa kau kan? Tapi sampai sekarang takdepun dia datang cari kau. Kau yang sibuk cari dia adalah."

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Johny itu benar sama sekali, namun Taeyong langsung tidak mempedulikannya. Dia masih melirik memandang ke arah Nana dalam diam.


*****


Setelah majlis jamuan makan malam tamat, seperti yang dijanjikan, mereka berkumpul di luar pintu dewan beramai-ramai sambil menunggu bas tiba. Disebabkan pada malam itu terdapat banyak program di dalam universiti dan memerlukan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama, jadi mereka semua terpaksa mengambil masa sedikit untuk menunggu bas sampai di hotel.

Sedang asyik berbual-bual dengan Haechan, Mark, Jungwoo, Yuta dan Doyoung, Johny merapati dirinya ke Taeyong sambil membawa seorang perempuan. Jaehyun dan Taeil yang sudah perasan dari mula hanya mendiam dan memerhati perempuan tersebut bersama Johny.

"Taeyong-ah."

Taeyong menoleh ke sisi apabila terdengar panggilan dari Johny.

"Nae?"

SAHABATKU JODOHKU | TAEYONG | 15+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now