LM - 1

238 25 1
                                    

Dia berjalan dengan lagak yang penuh bergaya masuk ke dalam syarikat miliknya , ERSHA Holding .

Derap kakinya sahaja dapat menarik perhatian orang ramai . Semua staff di situ menyapanya dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat .

Dengan paras rupa yang sempurna , sepasang mata hazel keemasan , kening yang terbentuk elok dan seulas bibir yang sangat manis apabila menghadiahkan senyuman .

Attractive and seksi .

" Aaaaa hensemnya boss  ! "
"  Dia single lagi tak rasa rasanya "
" Nasib aku ni dah kahwin , kalau tak dah lama mengorat "
" Kalau saya jadi isteri dia , saya simpan dia dalam almari kak " dan pelbagai lagi bisikan staff perempuan di situ apabila melihatnya . Dia hanya tersenyum nipis lalu melangkah tenang ke dalam perut lift .

Ting !

Setelah sampai ke destinasi , dia membuka pintu office nya . Papan tanda yang terletak di depan mejanya dijeling seketika , CEO Luth Mikael bin Dato Shah .

" Apa jadual hari ni Azfar " Luth membuka kot yang dipakainya lalu disangkut ke sofa berdekatan sambil menanya pembantu peribadi yang sudah lama berkhidmat kepadanya . Turut juga dibuka dua butang atas bajunya dan tie sedikit dilonggarkan sebelum duduk di atas kerusi kerjanya .

" Boss ada perjumpaan dengan company WCC untuk perbincangan tentang projek kita di Kelantan  "

" Okay , nanti set masa time before lunch sebab aku ada hal after that "

" Baik tengku , kalau tiada apa lagi saya keluar dulu " menunduk hormat Azfar seketika sebelum melangkah keluar dari bilik Luth .

Nada dering milik telefonnya berbunyi ketika dia sedang menaip di komputer riba . Tanpa membuang masa , dia terus mengangkat panggilan tanpa memandang nama tertera .

" Hello , siapa ni ya ? "

" Assalamualaikum , anak buah kacakku " Luth yang masih menaip terhenti pergerakannya apabila mendengar suara tersebut .

" Eh paksu , waalaikumussalam  " Dia ketawa kecil memdengar usikan pemanggil di seberang panggilan , Uncle Arham bapa saudaranya .

" Paksu nak jemput kamu ni , paksu ada buat majlis sikit malam ni untuk sambut Bella . Dia baru balik Malaysia semalam . "

" Ouh Bella dah balik ye . Baik nanti Luth datang . " tersenyum nipis dia mendengar nama tersebut .

" Haah , jangan lupa jemput parents kamu sekali . Okay la , paksu ada kerja sikit ni . Assalamualaikum "

" Waalaikumussalam , hati hati kerja paksu " Panggilan dimatikan lalu dia menyandarkan diri di kerusi kerjanya .

" Nur Bella Amelia " getusnya sendirian .

Bahagianya bukan kepalang apabila buah hatinya sudah pulang dari Paris . Tidak sabar dia ingin menemui gadis itu . Dari dulu , hanya satu nama yang terpahat di hatinya .

Tetapi , masih ingatkah gadis itu pada dirinya . Dulu , dia seorang yang pemalu , nak tackle perempuan pun tak reti jadi dia tidak pernah rapat dengan gadis itu meski dia amat sukakan Bella .

Dia hanya dapat memerhati dari jauh sahaja . Kadang kadang terbit juga rasa cemburu apabila melihat lelaki lain cuba merapati gadis .

Namun sekarang , dia berubah . Berubah untuk si gadis yang lama disimpan kemas di hatinya .

Kepulangan Bella telah menjadi satu sinar baru untuk memenangi hati kecil gadis tersebut .

                                🧚🧚

LUTH MIKAEL ( Slow Update )Where stories live. Discover now