Akhirnya hari untuk Jeonghan balik sudah tiba~ k bukan Jeonghan sahaja tau. So Mery ni tak puas hati sebab cepat sangat Jeonghan ni kena balik and dia pulak kena keluar dari rumah tu. Baru nak rasa kemewahan ni lama sikit. Pasal benda ni la buat Mery still marah, tak puas hati semua laaa!
"Memandangkan hari ni hari terakhir aku, meh aku tunjuk skill aku" Mery yang masih marah itu menunjukkan senyuman yang tak dijangkakan.
"Dah! Cepat² kumpul dekat sini! Omma appa KESAYANGAN korang kan nak balik dah" kata Mery sambil memandang budak² yang berkumpu didepannya. Semua menunjukkan riak yang sangat gembira.
"Not so fast. Kita ade kerja nak buat sekarang ni" Mery memberi senyuman kepada diorang dan mendapat reaksi pelik. Mungkin dia nampak macam alien kot.
"Kita nak buat apeni aunty Mery?" tanya Hoshi.
"Kita sekarang nak kemas rumah sampai berkilat sampai takde habuk pun. Dah jangan tanya lagi"
"Alaaaaaaaa gyu taknak buat" Mingyu merengek taknak buat sambil menggeleng kepalanya. Hmm sama macam situasi Joshua dulu. Tapi macammana Mery akan melayan Mingyu?
"Semua orang kena buat! TAKDE BANTAHAN!" Mery meninggikan suaranya menahan marah sebab tak ikut cakap dia. Diorang terkejut kenapa Mery nampak lain harini. Dulu ok je, baik je. Joshua pun takde keberanian nak masuk campur.
"A-arraseo" Mingyu hanya muncungkan bibirnya. Joshua menyiku Mingyu supaya diam dan jangan banyak songeh.
Selepas semua dibahagikan tugas~ akhirnya Joshua dan Jun berada ditingkat atas bersama Jihoon, Minghao, Wonwoo untuk bersih dibahagian atas la. Yang lain semua bersih dekat bahagian bawah.
Sementara di dapur~
Seokmin dan Mingyu tengah fikir macam mana nak sampai dekat sinki sebab diorang ni pendek. Apa yang lain buat eh kalau diorang nak basuh pinggan? Selalunya diorang ni la yang malas nak basuh pinggan and biar sahaja dalam sinki. Ha ni kalau aku pun aku debik orang cam gini.
"Yah! Yang korang tercegat lagi ni kenapa? Aunty ade bagi kerja kan?" Mery yang tengah panas sekarang ni datang ke dapur untuk melihat perkembangan masing².
"Kitorang mana sampai nak cuci pinggan" jawab Seokmin sambil menunjukkan puppy-eyes nya.
"Haihh korang ade otak tak? Takkan la itupun aunty nak ajar. Guna la kerusi kalau tak sampai pun. Budak kecik pun tau la. Tu la jangan letak otak tu dekat lutut. Guna sebaiknya" Mery membebel sambil memerhati ape yang diorang buat.
Diorang hanya diam dan mengikut arahan. Seokmin mula menarik kerusi yang memang disediakan untuk budak² dan mula membasuh pinggan. Mingyu pula hanya diam melihat Seokmin taktau nak buat apa. Mery yang perasan Mingyu tak buat ape ape mengerutkan dahinya.
"Dah takde kerja ke Mingyu? Duduk tengok Seokmin tu kenapa? Aunty bagi kerja dekat dapur ni bukan hanya boleh basuh pinggan sahaja. Boleh je Gyu lap meja kan. Tolonglah guna otak dan berfikir. Jangan nak harapkan orang je" kalini Mingyu pula kena marah dengan Mery. Seokmin hanya mendengar adiknya kena marah. Mingyu mengambil kain dan mengelap meja dengan perlahan². Dia actually jadi takut dengan Mery. Mery pula mula tak puas hati dengan kerja Mingyu.
"Kalau Gyu lap macamtu, macam mana kuman nak larinya? Gosok la kuat2 sikit" Mery menggunakan nada marahnya. Dia memberi Mingyu contoh dengan menekan kuat² tangan Mingyu yang kecil tu menunjukkan macam mana nak lap dengan betul. Mingyu mula menunjukkan riak sakit di tangannya.
"Aw sakitla aunty~" rintih Mingyu dengan perlahan tapi still boleh dengar. Seokmin yang dengar itu nak tolong tapi takut nanti Mery marah pula. Dengan berat hati, dia meneruskan kerjanya. Mery dengar rintihan Mingyu tu tapi dia buat taktau saja.
YOU ARE READING
[OG] BongBong Family >SVT<
FanfictionSEVENTEEN Happy Family••• diketuai oleh: Appa Cheol Omma Han Joshua Jun Hoshi & Woozi Wonwoo Mingyu & Minghao Seokmin Seungkwan Vernon Baby Dino "My Family is my EVERYTHING, Without them I'm NOTHING" -Seungcheol "You are the part of my life" -Jeon...