Dunia Baru

81 9 0
                                    

3 beg disusun di tepi kerusi. Mia melabuh punggungnya di tempat menunggu manakala adiknya , Araa Azalea membantu untuk kemasukkan kakaknya di Universiti Tun Alam Shah. Salah satu universiti yang terkenal di negara ini. Terbuka untuk semua anak anak muda yang memperoleh keputusan cemerlang sama ada di bahagian akademik mahupun kemahiran.

" Kakak , ni nama kakak di sini, jadi semua yang kakak perlukan , ada dalam fail ini." Araa menghulur fail yang bewarna merah jambu kepada kakaknya. Walaupun Mia seorang yang bisu , kurniaan dari Allah SWT , gadis ini masih boleh mendengar dengan jelas apa yang orang lain perkatakan. Bukan itu sahaja , Mia juga seorang bijak dalam pelbagai perkara. Disebabkan itu , Mia merupakan pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Nenas Tiga. Mia hanya tersenyum memberi isyarat yang dia berasa senang dan faham apa yang adiknya perkatakan.

" Kakak jangan sedih sedih ya ? Araa boleh jaga diri. Nanti Araa tengokkan sekali Mak Jah. Araa belajar pandai pandai , lepas itu Araa masuk universiti ini , sama macam kakak." Berlinang air mata Mia , lantas memeluk adiknya. "Kakak risau , kakak tak dapat jaga diri di sini tanpa adik" Mia memberi isyarat pada Araa.

" Jangan fikir negatif. Adik yakin kakak akan dapat biasakan diri dekat sini. Kakak akan dapat kawan yang lebih baik dari kawan di sekolah dulu. Apa apa pun kita boleh videocall kan ? " Kata Araa menenangkan kakaknya. Akibat kisah silam yang membuatkan Mia trauma untuk berkenalan dengan kawan baru , terutamanya lelaki. Tertunduk Mia memikirkan hal hal ini. Dengan kekuatan yang ada , Mia mampu untuk menunjukkan bahawa gadis seperti dia boleh menonjolkan diri di mata dunia suatu hari nanti.

"Lama ke tunggu ?" Wanita berumur 40an bersama seorang remaja lelaki mendekati mereka berdua. "Lamanya Mak Jah dan Hanafi hilang. Kami sudah lapar" Cebik Araa. "Mak Jah pergi ke tandas kejap tadi. Hanafi tunggu luar pegang makanan ni haaaa." Kata Hanafi , cucu kepada Mak Jah , menghulur 2 plastik makanan ringan pada Araa.

"Mia sudah daftar ke ?" Mak Jah bersuara setelah melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. Mia mengelengkan kepalanya. "Tadi Araa sudah ambil ambil giliran untuk Mia. Mungkin sekejap nanti nama Mia akan di panggil" Mia memberi isyarat pada Mak Jah. "Nanti kalau nama Mia dipanggil , Mak Jah dan Hanafi tunggu disini jaga barang barang Mia." Kata Mak Jah pada Mia . Gadis itu ersenyum manis sehingga terukir sepasang lesung pipit di pipinya. Mak Jah ialah wanita yang menjaga Mia dan Araa sedari bangku sekolah lagi. Mereka berdua masih mempunyai keluarga kandung mereka tersendiri tetapi mempunyai masalah setelah Mia tidak mampu untuk bercakap sehingga tamat sekolah rendah. Akan tetapi , Mia dan Araa berasa beruntung setelah dibesarkan oleh Mak Jah. Walaupun sentiasa berasa malang , Mia masih setia mendengar kata serta nasihat Mak Jah dan menganggap Mak jah seperti ibunya sendiri.

(NUR MIA AZALEA BINTI NUR ZAFAR HAIQAL)

Lantas mereka berdua bangun bergegas ke kaunter pendaftaran membawa fail fail yang diperlukan. Berbaju kurung maroon dan rambut disikat rapi. Tidak tersenyum tetapi sentiasa menundukkan diri. Itulah Mia Azalea. Dia mungkin tidak mengetahui tentang fesyen fesyen terkini, tetapi pemikirannya dalam mengayakan dirinya sendiri amat dicemburui Araa. Disebabkan itu , Araa sayang akan kakaknya kerana walaupun berbagai dugaan yang datang, dia yakin bahawa kakaknya mampu menguatkan diri untuk sentiasa kehadapan.

" Kakak awak ni,malu ke ?" Tanya salah seorang fasilitator di kaunter yang ke 6 itu. "Dia bukan malu , Hehehe dia mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ini." Terang Araa dengan jelas. Araa juga merupakan seseorang yang bijak berkata kata, tidak silap jika dia adalah juara dalam pertandingan pidato sekolahnya.

"Mia Azalea. Jangan malu malu ya ? Disini semua pelajar yang istimewa akan diberi layanan yang sangat baik. Universiti ini pun ada kelab untuk bahasa isyarat sesuai untuk pelajar macam kita". Salah seorang fasilitator perempuan memperagakan bahasa isyaratnya pada Mia. Mia tersenyum lalu membalas. " Jadi awak pun bisu ? macam saya ? " Seronok Araa melihat lagat kakaknya , kerana dia tidak pernah melihat kakaknya begitu semangat untuk berbual dengan orang yang baru dikenali.

"Iyaaa . Nama saya Amira , dan ini Zahirah. Kami salah satu ahli jawatankuasa untuk kelab bahasa isyarat. Jadi kamu tak perlu untuk berasa sedih atau terpinggir kerana kami ada untuk membantu semua orang yang istimewa disini." Balas fasilitator disitu.

" Sebab itu lah kaunter ini special sikit. Kami akan kumpulkan pelajar yang istimewa untuk kesenangan mereka" Terang Zahirah pada Araa. " Jadi kakak memang tak perlu risau lah. Lagi senang hati adik bila dapat tahu perkara ini." Araa memandang Mia sambil tersenyum

"Jadi lepas ini , Mia boleh ke kaunter asrama untuk mengambil kunci. Tunjuk sahaja nama pada kad pelajar ini, nanti mereka disana akan tunjukkan jalan." Terang Zahirah.

" Nanti kita jumpa lagi ya Amira. Terima kasih." Mia mengayakan bahasa isyarat pada senior tersebut. Hatinya berasa sedikit tenang. Semangatnya untuk memulakan hidup yang baru berkobar kobar. Ini lah masanya untuk dia BANGUN.

.....

Suasana di asrama sangat riuh dengan kehadiran siswa dan siswi baharu. Ada yang datang bersendirian, ada yang datang bersama rombongan bas. Pelbagai bentuk dan jenis orang dijumpai oleh semua pelajar baru. Senior senior tidak putus untuk bertugas bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Asrama yang disediakan bagi setiap pelajar amat memberikan kepuasan penuh pada semua pelajar kerana situasi biliknya yang kemas , warna cat yang bersesuaian dan pemandangan yang cantik dari luar tingkap kerana Asrama Putera dan Asrama Puteri terletak di atas bukit dimana kelihatan suasana matahari terbenam jelas dilihat dari bukit tersebut.

"Korang berdua dari memang dari sekolah yang sama ke dulu?" Tanya Fendy , yang merupakan senior 1 sem pada pelajar baru . " Yes , we are from not kaleng kaleng tempat haa you know ?" kata Adham Haris dengan santai sambil mengemas barangnya. Gelak sakan rakannya dengan dialog Adham. " Ya , kami dari tempat yang sama , kalau ikutkan kami dapat tawaran universiti lain. Tapi orang kata , dekat sini lebih berbaloi. Jadi kami pun terus ke sini." Kata Asyrani Zafran pada Fendy sambil menyusun langkah ke arah almari.

Salah seorang pelajar yang pernah disebut sebut ketika di bangku sekolah menengah dek kerana kepintarannya dalam mata pelajaran yang diceburi. Asyrani dan Adham berkongsi minat yang sama iaitu mengambil kos Teknologi Pengaturcaraan Komputer dengan memasang impian bersama iaitu membangunkan sistem mereka tersendiri suatu hari nanti.

"Agak agak kan , mesti ramai perempuan kan dalam kos kita ?" Adham mula tersengih sengih seperti kerang busuk memandang rakan biliknya. "itu je la kau Adham , mata tak pernah nk dijaga."Asyrani menjeling.

" Realitinya memang aku lagi kacak dari kau. Betul tak Fendy ?" Adham cuba mengaitkan Fendy ke dalam hal mereka. "Tak , kalau cerita betulnya , aku lagi kacak dari korang dua dan aku lagi tahu hidup dekat sini bentuknya macam mana. So korang dua , Ash dengan Adham. Kalau nak rasa macam mana nak jadi hotstuff dekat sini. Aku la Sifu nya. MUAHAHAHAHA." Fendy lebih riak rupanya . Fikir Adham. Ketiga tiga rakan sebilik itu tergelak bersama sama.

Masih ada lagi kawan yang boleh masuk air bersama sama kita. Jadi hargai lah mereka sebaik mungkin.

AzaleaWhere stories live. Discover now