SINAR matahari yang menerobos masuk melalui tingkap yang tidak berlangsir menerangi ruang bilik. Menyedarkan Kae Arief dari tidur yang penuh dengan mimpi ngeri dan menderitakan dirinya.Dah sebulan Kae arief keluar dari penjara. Disebabkan dirinya mengancam Elviana ketika dahulu. Kae kini bebas kerana di ikat jamin oleh abang kandungnya. Bernama Kae Ryyan.
Kae tidur dalam air mata yang penuh kedendaman terhadap seseorang perempuan. Baginya disebabkan perempuan itu dia masuk penjara dan tidak dapat Elviana. Hati dan naluri terseksa sehingga jauh sudut hatinya tidak ingin bangun dan tidak ingin teruskan hidup. Bagai rohnya turun koma bersama-sama Elviana Wong. Tapi sebab dendam dia teruskan hidup. Untuk hapuskan dan menghancurkan hidup musuhnya.
Lengan Kae naik menutup mata di saat silau matahari menusuk kedua belah matanya. Kae segera terbangun dari katil. Menerpa ke pintu. Memulas tombol. Terkunci. Tanpa mengawal diri, Kae memukul-mukul pintu dengan lengan dan menjerit agar si rumah membukakan pintu biliknya. Namun tidak ada sesiapa yang membukakannya.
Tangan Kae telah luka akibat memukul pintu tu terlalu kuat. Berdarah. Sakit. Namun luka, darah dan sakit itu tidak akan sama dengan luka, darah dan kesakitan yang Kae lalui. Orang yang dia cintai itu telah koma dalam keadaan yang sangat dukacita dan menghibakan. Apalah sangat apa baginya luka fizikal ni.
FARAH KHAN!! Kau menyebabkan kenapa Elviana tak terima aku.. kau penyebabnya! Dan kau juga Elviana koma! 3 tahun lebih dia terlantar di hospital National Medical Center di Seoul, Korea. Semua disebabkan engkau!!!
Kae tidak dapat mengawal dirinya. Segala barang yang ada dalam bilik itu dicampak dan dirosakkan mengikut kemahuan hatinya. Mengibaratkan barangan itu adalah Farah Khan. Yang perlu dihancurkan dan dimusnahkan.
"Kau buat perempuan yang aku cintai hampir mati masa kemalangan itu. Hahaha kau penyebabnya Farah. Kau menyebabnya. Aku benci engkau sejak sekolah lagi.
Kae dah start meracau disebabkan penyakitnya Dissociative identity disorder dah kembali. Personaliti yang saiko telah muncul. Sekejap nangis, sekejap ketawa.
Aku tak suka kau rapat dengan dia Farah. Aku tak suka. Asal kau menjadi sahabat antara kitorang dulu. Kenapa? Kenapa El cintakan engkau bukan aku Farah. Kenapa? Urghhhhh KENAPA!!!
You pulak El, you seksa i dengan seksaan yang paling teruk, paling mendukakan, paling menghibakan. Kata-kata you masa sekolah dulu sangat sakit yang pernah i dengar. Kata-kata you masih i ingat. You pernah mengatakan yang you tak pernah cintakan i, i bukan taste you, you just nak mempergunakan i. I tak layak untuk you. Dan paling i ingat you just cintakan Farah, sukakan Farah. Kata-kata you membuat i terasa sampai sekarang. Kenapa you kejam Elviana? Kenapa you kejam!"
Kae Ryyan yang berada di luar bilik menyandarkan tubuhnya perlahan-lahan pada dinding. Kepalanya terdongak sedikit ke atas. Esak tangis dan jerit pekik Kae arief itu jelas terdengaran. Makian, gelak ketawa dan kemarahan jugak jelas pada pendengarannya.
Kae Ryyan terpaksa buat demikian kerana tidak mengingini adiknya melakukan apa2 lagi diluar sana. Cukuplah adiknya dipenjara berapa tahun lepas. Dia tidak menginginkan lagi semua tu berlaku.
Prang!!!
Kedengaran kaca pecah.
Kae Ryyan terus memasukkan kunci ke dalam tombol. Memulas tombol dan pintu dibuka. Terpana. Adiknya Kae arief sedang memengang sebilah kaca sepanjang 7cm. Menghalakan kaca itu ke jantungnya.Rambut Kae arief kusut bagaikan orang tidak waras. Nafasnya turun naik dan teresak-esak dengan teruk.
"Arief, letakkan kaca tu." Kata Kae Ryyan panik dan takut.
Takut Arief akan mencederakan dirinya sendiri.Apabila Kae Ryyan cuba mendekatinya, Kae Arief segera mengugut.
"Jangan datang dekat."
Langkah Ryyan terus terhenti."Biarkan aku keluar dari sini" Kae arief terus berjalan ke arah pintu sambil mengarahkan sebilah kaca ke arah abangnya si Ryyan. Lalu keluar dan menguncikan pintu biliknya. Kae Ryyan terkunci dalam bilik tersebut. Kae arief mengambil anak kunci kereta milik abangnya dan terus meninggalkan rumah abangnya.
YOU ARE READING
STAY 2!
RandomSecebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama....CINTA💕 Bae just nak sayang jer! - Farah Khan Cinta perlu pergorbanan, pergorbanan memerlukan keredhaan- Hania Kevin Aku akan membuat semua menderita! Ingat tu.-Someone