Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Delusion
"
NO! Uncle Hayden akan marah kalau Adam benarkan Didi mandi laut. You’re too young. Kalau lemas?”
Sedaya upaya Adam memujuk anak kecil itu.
Didi mencemik. Dia masih berkeras untuk mandi laut. Nasihat Adam langsung tak diambil peduli.
Dibiarkan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Didi baru sahaja berusia lima tahun. Masih mentah namun kerap berperangai seolah olah usianya sudah pun menginjak dewasa.
“Kalau Didi lemas, Adam beritahu Uncle Hayden. Dia akan selamatkan Didi.” Didi menjelirkan lidahnya lantas rangkulan Adam di pinggangnya dirungkai segera.
Pantas dia berlari anak meninggalkan Adam sambil membawa pelampung. Adam terjegil biji mata. Tak semena dia lekas bangkit lantas mengejar Didi yang sudah jauh di hadapan. “Didi, dengar cakap Adam!” tempik Adam.
Sehinggalah dia perhati susuk tubuh Didi duduk mencangkung di tepi pantai. Seolah olah ada sesuatu yang mengamit perhatiannya selain mandi laut.
Tak semena Adam lekas mendekati Didi sehinggalah matanya jatuh ke arah susuk tubuh dalam balutan gaun putih terdampar di tepi pantai.Wajah itu pucat kemerahan. Ada kesan merah membasahi gaun putihnya selain air laut.
“Adam, Didi jumpa duyung.” Beritahu Didi, cukup polos. Segera Didi menyorok di belakang Adam kerana takut duyung yang ditemuinya itu merbahaya.
“Didi, ni bukan duyung. Dia manusia.” Usai memerhati keadaan wanita itu, Adam berkata. Masakan wanita itu digelar duyung sedangkan dia tidak berekor.
Lekas Adam mencangkung. Jemari pucat itu digapai lalu nadinya diperiksa. Buatkan Adam terdiam. Matanya membulat. “Kenapa Adam? Duyung ni...”
***
“Remove her body, sebelum Hayden dapat tahu.” Suara dingin Louis mencelah membuatkan Adam lekas bangkit. Dia berpaling sehingga mengadap Louis yang memerhati tindak tanduknya.
Adam menggeleng kepala tanda tidak bersetuju akan rencana rakan sekerjanya itu. “But, she’s still alive!” cantas Adam. Sepasang kening Louis bercantum.
Barangkali dia berasa hairan. Aneh, dia ingatkan wanita itu tidak lagi bernyawa. Tapi, sebaliknya wanita itu masih bernafas. Cuma, tubuhnya sungguh lemah sehingga tiada sebarang tindak balas yang diberikan. “Then, take her away. Atau kau mahu Hayden mengamuk lagi?!” sayup kedengaran suara Louis menjerkah kuat.
Buatkan bahu Didi terhinjut. Segera anak kecil itu menyembunyikan dirinya di belakang tubuh Adam. Adam mengeluh. Dia tahu sejauh mana tahap kesetiaan Louis terhadap Hayden Javier.
Jadi, tiada gunanya mereka berbalah. Tapi, Adam masih tidak puas hati. Wanita ini memerlukan pertolongan daripada mereka.
“Louis, look. Kalau kita boleh tolong dia kenapa kita nak biarkan dia mati sia sia? She’s pregnant. Dia dan bayi tu layak untuk hidup.” Sedaya upaya Adam mempertahankan niatnya untuk membantu wanita itu.