Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
+Delusion
"ARE you saying that I’m pregnant?” sepasang kening Jae Ah bercantum rapat.
Dia seolah olah tidak percaya akan apa yang diberitahu oleh Adam. Automatik dia melabuhkan telapak tangan di perut kempisnya. Jadi, ini lah asbab mengapa perutnya memulas semalaman.
Salah satu asbab mengapa dia tiba tiba mengidam makanan tengah malam. Semuanya disebabkan oleh dirinya sedang mengandung. “Kau tak tahu yang kau sedang pregnant?” Adam menyoal kehairanan. Segera Jae Ah menggeleng kepala.
Memang dia tidak pernah tahu bahawa ada nyawa yang sedang menghuni rahimnya. Buat seketika, dia merasakan perkara yang menimpanya suatu kejadian aneh. Dia terdampar ke tepi pantai dalam keadaan separuh mati. Mujur Adam menemuinya.
Bukan setakat dirinya sahaja yang merasakan kejadian itu sangat aneh. Adam juga. “Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kau?” Adam menyoal.
Walaupun dia yakin Jae Ah tiada sebarang jawapan untuk pertanyaan itu. Dia tidak mengingati apa apa. “Oh ya, aku lupa nak serahkan ni kepada kau.”
Dahi Jae Ah berkerut. Matanya asyik memerhati gerak geri Adam mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Sebentuk cincin bertatahkan permata kecil dihulurkan kepada Jae Ah. Pemberian itu disambut segera lalu cincin itu dibelek.
Tak semena dirinya bertambah hairan. Kalau mengikut ingatannya, cincin itu bukan hak miliknya. Tapi, Adam jelas mengatakan bahawa cincin itu ada bersamanya tatkala ditemui terdampar di tepi pantai.
“Tergamak manusia yang sanggup khianati kau. Langsung tiada hati perut.” Raut muka Adam berubah angkuh. Buatkan Jae Ah berasa gerun melihatnya. Tapi, dia cukup berterima kasih kepada Adam kerana Adam sudi membantunya. Jikalau tiada Adam, dia tidak pasti nasibnya bagaimana.
***
“Mermaid!” aku terperanjat sebaik telinga aku menangkap suara budak lelaki melaung kuat. Spontan aku mengurut dada lantas berpaling mencari arah bunyi. Sehinggalah mata aku jatuh ke arah si kembar comel yang datang bersama seorang lelaki tua.
Aku atur langkah mendekati mereka seraya aku membongkok tubuh seketika tanda aku berbahasa. Tanda aku hormat akan lelaki tua itu. Aku lihat lelaki tua berambut putih itu menguntum senyum untuk membalas sapaanku. Buatkan hati aku menjadi lega.
“Mermaid, Didi rindu.” Seorang kanak kanak lelaki meluru pantas mendekatiku. Tubuhku didakap buatkan aku termangu melihat kelakuannya. Aku digelar dengan nama ‘mermaid’ dan budak lelaki yang bernama Didi ini berasa gembira menemuiku.