Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
+Delusion
SATU demi satu punat remote kutekan mencari rancangan yang menarik minatku. Akhirnya aku memilih untuk menonton movie seram yang bergenre Vampire.
Menonton movie seperti ini bukan kebiasaanku, tapi ia kelihatannya menarik.
Sedang aku asyik menonton movie yang baru sahaja dimainkan itu, aku tidak sedar perilaku aku diperhati oleh sepasang mata. Sehinggalah remote yang kupegang disambar lalu TV dimatikan dengan segera. Tak semena aku tersentak. Refleks aku menoleh ke belakang.
Aku teguk liur sebaik melihat susuk tubuh Louis sudah pun terpacak di samping aku. Matanya tajam mencerlungku.
“Movie seram tak elok untuk wanita mengandung.” Kedinginan butir bicaranya membuatkan aku merinding. Ditambah pula dengan wajah takat beku yang tandus dengan sebarang senyuman. Aku mencemik.
“Tengok wajah awak lagi tak elok daripada movie seram.” Bidas aku tanpa sedikit pun rasa gerun. Aku lekas bangkit hendak mencari keberadaan Adam. Jikalau berlama di situ mengadap Louis, berkemungkinan aku dan dia akan bertekak.
Jadi, daripada membuang masa melayan kerenah Louis, lebih baik aku meminta bantuan Adam untuk menghubungi keluargaku. Sehingga sekarang, aku masih belum mendapat sebarang berita. Seakan akan kehilangan aku tidak sampai ke pengetahuan orang termasuk ibu bapaku.
“Jae Ah!” Aku dengar nama aku dipanggil oleh Adam lantas aku segera berpaling.
Mencari sumber bunyi itu sehinggalah mataku terpandang kelibat Adam yang duduk di meja makan. Segera aku meluru mendekati Adam lantas aku henyak punggung di hadapannya.
Bibir aku meleret senyuman sehinggalah ia pudar melihat kesan cengkaman yang membekas di leher Adam. Tak semena aku terbeliak mata. Wajah Adam penuh dengan lebam dan calar luka.
Buatkan aku lemah lutut melihatnya. Apa yang berlaku sebenarnya?
+++
“Apa yang berlaku, Adam?” Sepasang kening Jae Ah bercantum rapat. Lama dia merenung wajah Adam meminta penjelasan.
Kelmarin, dia tidak melihat Adam dalam rupa sedemikian. Tapi, mengapa pula hari ini wajah itu dihiasi lebam dan bertampal plaster luka?
Dahi Jae Ah berkerut kehairanan. Dek tanda tanya yang giat mengasak minda. Dia tekad untuk bertanya.
“Aku tak apa apa, Jae Ah. Luka biasa.” Jelas Adam. Sedaya upaya dia lebarkan senyuman walaupun ianya terlihat cacat. Semalam, kamar tidurnya didatangi oleh Hayden Javier. Kedatangan mengejut sang majikan itu membuatkan Adam cukup terkejut.