SATU

6 2 0
                                    

Bahagian 1: Villa Ann       

         SEKUMPULAN  pelajar Universiti Mahasiswasi yang terdiri daripada 7 orang itu berpandangan sesama sendiri apabila bas yang mereka naiki tadi sudah meninggalkan mereka di lapangan luas berdekatan Villa Ann. Bangunan yang cantik dan tersergam indah itu merupakan villa yang hangat diperkatakan kerana misterinya.

     Masing-masing tergantung tanda nama pada leher mereka bagi memudahkan sesiapa sahaja akan  mengenali nama mereka dan dari universiti mana mereka berasal.

      Munirsyah dan Munirah sepasang  kembar tidak seiras yang berpewatakan agak nakal, ceria dan bijak. Namun, sejak masuk universiti mereka berdua suka bertekak kerana Belinda.

      Belinda, seorang gadis yang cantik,  manja,  mengada-ngada dan juga merupakan teman wanita Munirsyah. Belinda bercita-cita paramugari tetapi ambil keputusan untuk menyelesaikan kuliah perfilemannya demi menyambung syarikat perfileman bapanya, Dato Ikmal. Dato Ikmal adalah seorang pengarah filem dan drama tersohor tanah air yang sangat terkenal hingga ke luar negara.

      Andi seorang pelajar yang suka mengusik rakan-rakannya namun seorang yang bijak. Andi juga merupakan sahabat Munirsyah yang menaruh hati secara rahsia pada adik Munirsyah, iaitu Munirah.

      Takiyudin, pelajar dari negara Indonesia. Merupakan pelajar yang paling banyak bertanya kerana sedang memantapkan pemahamannya pada budaya Malaysia yang berbilang kaum.

        Zamarul, seorang pemuda yang sangat pendiam dan namun  seorang yang penurut.

        Izan, seorang pemuda berani dan warak agamanya.

        Mereka bertujuh merupakan pelajar  akhir semestar untuk menjadi sutradara atau pengarah mahupun pelakon. Mereka ke Villa Ann kerana  mahu menyelesaikan sebuah tesis wajip dengan merungkai misteri Villa Ann yang terkenal  angker  itu untuk dijadikan filem penyiasatan misteri berdurasi 1 jam. 

        Kumpulan mereka  memilih senarai Villa Ann dalam banyak-banyak senarai tesis yang profesor Sulima sudah senaraikan kerana  Villa Ann sangat dekat untuk didatangi.  Mereka tidak mahu memilih tempat lain yang  agak susah dari segi pengangkutan.

        Lagipun, orang ramai sekitar Villa Ann berpendapat, villa yang tersorok dalam kebun kelapa sawit ini  sangat sesuai  sebagai tempat  membuat filem horror serta sesuai  untuk tempat kajian para penuntut universiti. Ini kerana,  menurut masyarakat sekitar Villa Ann itu, villa cantik dan indah  itu adalah tempat yang  berhantu. Berpenunggu hingga viral di media sosial.

      "Kejamnya profesor Sulima bagi kita kaji auta paranormal dalam Villa  Ann ini. Semua orang bukannya tidak tahu misteri villa ini  cuma menipu semua orang. Buktinya, semua pelajar senior kita terdahulu balik dengan tangan hampa. Ramai yang menyiasat tapi  tiada hasil. Pembaziran masa saja!" Munirah merunggut sambil mata setajam katana memandang abangnya.

      "Abang itulah, beriya-iya sangat ambil tugasan ni. Menyesal Nirah satu kumpulan dengan Abang! Awas Abang kalau markah tesis Nirah tidak menepati syarat profesor  Sulima, arr! " Suara Munirah jelas sedang mengancam abang kembarnya.

       "Apa pula Adik cakap macam tu? Kitakan sudah sepakat pilih tempat ni sebap kosnya yang senang bagi kita semua. Adik mahu kah pergi Thailand sana kaji misteri Nang Naak tu? Mana Adik cekau duit buat belanja, hah cuba cakap!" Munirsyah tidak puas hati dimarahi adik kembarnya itu.

        "Siapa kata senior kita balik tangan kosong? Habis tu ada senior kita yang demam  panas kerana keteguran tu apa kes? Bapa aku punya filem bertajuk 'Kerana Villa Ann Dia Meninggal Ngeri' tu memang original dari tempat ini.  Mustahil bapa aku menipu orang ramai dengan menayangkan filem dokumentari itu," Belinda mencelah dengan mata berapi-api mejeling Munirah. Tidak bersetuju dengan hujah Munirah tadi.

GENTAYANGAN Arwah Di VILLA ANNWhere stories live. Discover now