Bahagian 7: Hari Ke 4; Kejutan!
"Abang, cuba teka kami dapat apa setelah siasat video itu?" Munirah sengih-sengih. Gembira.
Munirsyah diam. Pandang adiknya lekat. Tidak dapat meneka apa yang Munirah maksudkan.
Zamarul juga ambil perhatian pada apa yang Munirah akan sampaikan pada Munirsyah. Dia tahu, Munirah pasti akan membicarakan fasal kejadian telefon Huawei yang sempat hilang beberapa jam subuh tadi.
"Nota minta tolong kerana dia nak keluar itu adalah orang yang sama meminjam telefon Belinda. Kertas lusuh itu sama. Tengok ni," Munirah meletakkan kertas berwarna kuning lusuh yang mereka dapat tempo hari berdekatan dengan lap top.
Munirsyah dan Zamarul mendekati meja lap top. Tumpuan mata mereka sudah membuat mereka tidak asing lagi dengan fizikal kertas nota dan kertas dalam video itu. Ianya sama!
"So, dia bukan hantu. Jadi, siapa dia? Kenapa dia bagi nota minta tolong sebap dia nak keluar? Dia tinggal di mana?" Bertalu-talu soalan dari Izan buat Munirah tersenyum.
"Nirah yakin, kita sedang berhadapan dengan kes yang sebelum ini tidak ada sesiapa pun yang tahu. Tugas kita untuk jawap semua soalan-soalan Izan tadi," wajah Munirah bersemangat. Bagaikan prajurit wanita di tengah pertempuran mahu membenamkan musuh demi ingin melindungi negara tercinta.
"Kau mau jadi James Bon pula?" Andi tegur Munirah. Berasa ragu-ragu akan idea gadis pujaan dalam diam yakni rahsianya itu.
"Terpaksalah. Kita kena siasat kalau mahukan jawapan, kan? Profesor minta kita singkap misteri dalam Villa Ann kerana viral dalam media sosial. Tugas kita pula, kita hendak perbetulkan semua kebohongan dalam isu viral itu. Menarik bukan?" lagi-lagi Munirah senyum senang hati.
"Bermakna, kita ada 2 isu masuk dalam filem durasi 1 jam itu. Isu hantu sebenar dan isu nota berantai itu," Belinda turut menyuarakan pendapat. Sangat bersetuju dengan buah fikiran Munirah itu.
"Baik. Kita kena plan bagus-bagus kalau benar apa yang kita syak dari semalam itu satu isu yang benar. Mari kita buat rancangan..," bla bla bla blaaaa, Munirsyah buat peta minda yang bakal mereka lakukan nanti. Siapa yang akan naik ke loteng, siapa yang akan pegang kamera dan hal lain lagi.
Hampir 4 hari mereka di situ, namun hasil video mereka tidak menepati cita rasa yang mereka mahukan. Apatah lagi memenuhi kehendak profesor Sulima. Memang masalah besar bagi mereka bertujuh. Mereka perlu cari jalan lain jika mahukan projek mereka gempak.
"Nirah sudah tahu!" oktaf suara Munirah tinggi setelah habis abangnya membentang rancangan yang bakal mereka buat hari itu sehingga subuh esok.
"Adik ni, terkejut Abang! Apa yang Adik tahu? Hah, cakap! Jangan buat muka macam tu," Munirsyah kerut dahi melihat kepelikan pada raut wajah Munirah. Teruja plus pelik!
"Abang cleaner tu adalah gadis yang Adik nampak pada malam itu!" terbeliak mata Munirah sambil memandang kesemua rakannya yang juga sedang memandang ke arahnya penuh minat.
"Kau biar betul! Takkanlah abang tu pula..."
"Tinggi dan saiz tubuh gadis itu sama sangat dengan tubuh dan tinggi abang cleaner tu, Zamarul! Kau dengar Nirah huraikan..."
Munirah potong Zamarul. Semua orang juga masih keliru tetapi mahu agar Munirah jelaskan ceritanya kerana Munirah yang nampak gadis misteri aka hantu yang menakutkannya pada malam itu.
"Pagi tadi, sewaktu abang cleaner tegur Nirah dan Belinda di dapur sana, Nirah boleh bayangkan kalau abang cleaner sado itu pakai rambut palsu dan letak mukanya bedak sejuk. Pakai pula baju kelawar labuh, sangat matching dengan apa yang Nirah nampak," ulas Munirah dengan intonasi yang berhati-hati.