LAPAN

5 1 0
                                    

Bahagian 8: Terperangkap

MELIHAT saja Andi dan Munirah, Kumang membawa gadis dalam dakapannya merayap atas lantai dan memekup mulut gadis itu rapat-rapat. Mujur gadis itu tidak meronta kerana sudah serik dipukul. Dia serik. Cuma suaranya bising menderam ingin  memancing Andi dan Munirah supaya menyelamatkannya dari Kumang. Gadis itu berjaya membuat Andi dan Munirah melihat ke arahnya yang sedang dipekup Kumang.

Andi dan Munirah terkejut melihat pemandangan itu.

"Ngrrrrr!"

"Lelaki ni, mesti salah satu hantu olok-olok. Tengok baju kelawar jubah dia tu. Hudnya juga terjatuh dari kepalanya," Andi bisik-bisik pada Munirah rapat. Munirah angguk, setuju pada pendapat Andi tadi. Lampu suluh dihalakan ke arah Kumang.

"Apa suluh-suluh! Mahu aku lempang!" amboi, temberangnya bahasa Kumang.

Kumang yang sudah terlepas  dari histeria, mahu berkomunikasi dengan  Farid, namun bluetooth handsfree dan smartphone miliknya tercicir atas lantai ketika dia dirasuki tadi. Kumang sedar, wajahnya sudah dikenali dua pelajar itu. Itu membahayakan dirinya jika identitinya  diketahui polis.

"Berani kamu naik ke sini, ya? Kamu langgar peraturan yang tuan Arry beri kah? Aku boleh telefon tuan villa ini dan kurung kamu di dalam sini sama macam dia ni!" Kumang bernafas deras kerana rontaan gadis dalam tahanannya semakin agresif. Rambut gadis itu ditarik sekuat hati dengan tangan kanannya agar tidak terlepas  dari pegangannya.

"Ngrrrrrr!" suara gadis itu semakin kuat sambil cuba meleraikan rambutnya dari cengkaman Kumang.

"Dia minta tolong, kami ke mari cuma mahu menolongnya. Peraturan tuan kau tu cuma menghalang kami dari tahu kegiatan jahat kamu, bukan? Kejamnya!" Munirah menembak Kumang dengan kecaman, sudah tidak dapat bersabar melihat tangisan gadis malang itu yang sedang kesakitan.

Melihat kepada tubuh gadis itu, nampaknya gadis itu sudah lama dikurung di situ. kurus keding, hanya dibaluti kulit. Rambut tidak terurus. Wajah cekung, tubuh badan disaluti daki kerana lama tidak mandi atau jarang sangat mandi. Kukunya juga sangatlah panjang dan hitam. Baju gaunnya juga parten lama dan singkat separas pahanya. Gaun itu sangat lusuh.

Andi menyuluh tepat penampilan gadis yang Kumang pekup itu.  Andi yakin, video kuku panjang dalam video smartphone Belinda pagi semalam,  sah  kuku milik gadis di depan mereka.

"Kami hanya ikut perintahlah, budak-budak bodoh! Kamu sepatutnya ikut arahan jika kamu mahu selamat! Tuan Arry tu kejam! Kamu nak mati macam budak perempuan ini kah?" Kumang berura-ura mahu mencekik gadis itu pula buat Munirah panik.

"Lepaskan dia!" jerit Munirah, marah kerana Kumang tambah menarik rambut  gadis itu hingga gadis malang itu  tidak dapat mengalih kepalanya walau sedikit. Kepala gadis itu turut ditarik Kumang tanpa belas kasihan hingga lehernya bengkok ke belakang. Kulit kepalanya terasa sangat sakit hingga air matanya sudah menitis.

"Ahhhhh!" tiba-tiba Kumang menjerit dan  terus menolak gadis itu menjauhinya. Rupa-rupanya, gadis itu menggigit telapak tangan Kumang yang sedang memekap mulutnya.

Darah mengalir dari kulit tapak tangannya. Bau hanyir darah memenuhi udara loteng yang berdebu. Sakitnya bukan calang-calang, melihat pada bekas gigitan di tapak tangannya, agaknya hampir 3 cm. Laju gadis itu memeluk Munirah dengan tubuh terketar-ketar.  

"Gigi kamu, gigi jerung kah! Celaka punya budak! Sini kamu!" Kumang  berdiri pantas dan menyerbu Munirah mahu menarik gadis keding itu dari pelukkan Munirah.

"Ngrrrrr! T...aaak... M..aa uu!" gagap berat gadis itu membantah. Tidak mahu disentuh oleh Kumang.

Munirah dan Andi berpandangan sambil Munirah membawa gadis itu menjauh dari gapaian  Kumang.

GENTAYANGAN Arwah Di VILLA ANNWhere stories live. Discover now