Bahagian 13: Hukuman Setimpal.
INSPEKTOR Pamela pandang pelajar bertiga. Faham dengan isyarat inspektor Pamela, Izan ambil kamera lalu mengikut langkah dua pihak berkuasa yang sudah mula melangkah itu. Takiyudin dan Belinda bawa telefon bimbit masing-masing, mengekori Izan, inspektor Pamela dan forensik Aman menuju ke belakang Villa Ann.
"Ya Allah. Kesiannya arwah ni. Kejamnya mereka..,"
Inspektor Pamela meraup wajah kesal. Wajah pelajar bertiga sudah sedih. Jika keadaan jenazah masih lengkap berpakaian dikubur seperti itu, cuma satu kemungkinan besar arwah dikubur sebegitu. DIBUNUH tanpa sengaja ataupun secara sengaja.
Oleh kerana pelajar bertiga tidak kenakkan mask pada hidung masing-masing, bau dari mayat itu menyengat hidung mereka. Mereka cepat-cepat klik gambar dan berdiri jauh dari situ. Cahaya sport light yang dipasang pasukan forensik sedang menyuluh keseluruhan tempat itu.
"Alamak! Puan inspektor, ini tukang masak villa ini sebelum puan Nora berkerja di sini. Rasanya 3 minggu yang lalu terakhir kali saya nampak wanita ini masuk kerja pada pagi hari tapi dia tak masak apa-apa sehingga petang saya habis kerjapun, saya tak nampak dia balik atau keluar sehingga saya tukar shif dengan Hazril. Hazril shif malam hari tersebut. Hazril juga kerja malam semasa saya tukar shif dengannya. Schedule masih ada dalam Pondok Pengawal," Taha yang dipanggil Penolong Polis Khas inspektor Pamela, datang mengenal pasti wanita yang dikubur ala kadar saja di tepi taman bunga itu tercengat berdiri sebelah inspektor Pamela.
"Puan inspektor, kenderaan forensik untuk bawa mayat ini untuk postmortem sudah sedia. Boleh kami angkat mayat ini?" seorang anggota forensik datang tepat di depan inspektor Pamela.
"Bagi budak-budak bertiga ambil kerja mereka dulu. Lagipun, saya juga mahukan gambar-gambar ini untuk Ibu Pejabat saya. Lepas tu kamu boleh angkat dia untuk proses seterusnya," inspektor Pamela tiada mood untuk bertegas sekarang selepas melihat keadaan wanita dalam kuburan tidak sempurna itu.
Pelajar bertiga sekali lagi klik sana klik sini. Berkongsi gambar dengan inspektor Pamela, satu kepercayaan bonus bagi mereka.
Pita rentang bertanda "AWAS GARISAN POLIS" direntang sampai ke belakang villa. Memberi amaran orang luar agar jangan masuk sesuka hati. Kawasan siasatan sedang giat dijalankan.
"Puan, dia diikat ke dua tangan. Besar kemungkinan dia dirogol sebelum dibunuh. Underwear mangsa tidak ada ditubuhnya tapi seluar legging dan skirt baju kurungnya terletak berlainan tempat. Seluar legging dilucutkan dari tubuhnya dan diletak atas perutnya. Skirt baju kurung ternaik sampai paras betisnya. Stokin nipis sebelah kanannya terlucut dan orang kita telah jumpa stokin yang padan dengan ini dekat Bilik Rahsia. Itu menguatkan bahawa wanita ini telah diperkosa sebelum meninggal."
Laporan anggotanya itu buat inspektor Pamela mengangguk faham. Recorder setia melakukan tugasnya.
"Baik, kopral. Kita proses pemindahan mayat dan bawa ke pusat postmortem untuk kajian organ dan benda asing."
Dan kejadian malam itu tidak selesai hingga jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
PUAN NORA hairan melihat pelbagai kenderaan pihak berkuasa tersadai di halaman Villa Ann. Hatinya risau mengingatkan kehilangan pelajar bertujuh itu.
Namun, melihat 3 orang pelajar itu bergelimpangan atas lantai ruang tamu masih tertidur pulas, puan Nora urut dada lega. Keadaan villa yang berpasang semua lampu buat puan Nora bertambah pelik.
Tapi yang 4 orang budak ke mana pula? Bertanya sendirian lalu, dia beredar ke dapur melakukan tugasnya memasak mi goreng.
"Tukang masak baharu Villa Ann, bukan? Boleh kita berbual sebentar?"