EMPAT BELAS

9 1 0
                                    

Bahagian 14: Final: Masih Ada Gentayangan?

KINI Villa Ann jadi milik sepasang suami isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka di Villa Ann itu juga.

Dahulu,  suasana sekitar villa ini  suram dan seram hingga penduduk sekitarnya enggan untuk lalu di villa itu.    Tapi kini, Villa Ann berubah 'Hidup dan bernyawa.'

Sepasang suami isteri itu adalah, Zamarul dan Lena Ann. Lena Ann dapat haknya semula. Ladang sawit berhektar luasnya, Villa Ann serta beberapa aset lain yang arwah dato Kamal pernah hasilkan, semua jadi milik Lena Ann semula ikut surat wasiat sebenar.

Pelajar berenam, jadi rakan rapat Lena Ann terutama  Munirah. Kini, mereka  sudah konvo dengan bergayanya kerana cemerlang. Masing-masing mengejar kerjaya impian. Hanya Munirah yang terpesong jadi model terkenal kerana tubuhnya yang ramping dan mempunyai  mata galak dan bulat bersinar apabila menatap seseorang. **Rezeki ayam nampak pada tajinya, rezeki manusia hanya Allah yang pegang bila kita berusaha.

Zamarul aktif mengembangkan sayap perniagaannya ke Indonesia,  berkat pertolongan ayah Takiyudin yang mempunyai banyak hubungan dengan pengusaha bussines international  di negara itu.

"Weii, kau berdua tak tunggu aku kah? Berenang tak ingat dunia!" teriak Belinda saat melihat Lena Ann dan Munirah sudah ketawa ria keluar masuk di permukaan kolam renang bersama pelampung Duck.

"Weii, bakal kakak ipar! Mana Abang? Kata nak datang sama-sama?" Munirah lebih dulu menegur Belinda yang ceria sedang menuju ke arah mereka dengan memakai baju renang, t-shirt warna hitam dan track-suit, sama macam Lena Ann dan Munirah.

Belinda si ratu pelakon heroin, hangat di mana-mana saluran TV. Tak jadi model pergawati. Munirsyah tak kasi. Bakal-bakal jadi pengarah filem dan drama, kenalah kerja dalam bidang yang sama dari awal, barulah ngam!

"Tu! Dengan Zamarul. Sambut Takiyudin yang baru sampai. Weii, Ann! Kau buat majlis apa panggil kita orang ramai-ramai ni?"

Blup!

Blup!

Blup!

Blup!

Belinda terjun gaya kuak bebas menuju ke arah pelampung Lena Ann dan Munirah. Terkedek-kedek dua biji pelampung Duck berlanggaran akibat tolakan ombak tubuh Belinda.

"Husband Ann nak share dengan kau orang fasal sesuatu ni. Tunggulah. Ada 4 jam lagi. Kejutannn!" wajah Lena Ann glowing kerana bahagia dengan cara hidupnya kini. Gigih simpan rahsia, ya?

"Nirah tak nampak whatsApp Andi bagi dekat Nirah kah? Rupanya Nirah seronok jadi mermaid dalam sini? Hurmmm... Oklah. Hati-hati berenang tu. Kepala langgar dinding, bahaya tu. Weii... Ubat gastrik dah telan belum?" Andi muncul dengan wajah ala-ala Lee Min Ho nya, pandang jam belah kanan menilik waktu makan ubat Munirah. Ngam dan matching sangat dengan Munirah yang ala-ala wajah Park Shin Hye. Model peragawati antarabangsa juga tu! Sampai Eropah Barat dia ber-Cat walk!

"Alaa, lupa. Seronok berenang. Kejap lagilah, ok?" Munirah tayang senyum lesung pipitnya. Takut kena bebel gara-gara lambat makan ubat. Lalu,  alarm pada smartphone Andi berbunyi lantang, title Alarm dalam smartphone dia, 'My Baby telan ubat.'

"Hah! Dah masa telan ubat, nak sembuh sepenuhnya, kan? Pergi! Jangan mengelat!" macam bapa tiri, Andi mengarah Munirah.

Munirah tayang muncung menuju sudut meja yang menempatkan beg tangannya. Disaksikan Andi, Munirah paksa rela telan pil besar itu. Nasip baik sayang! Auch!!

'Hallaa, dekat rumah aku tak telan pun benda alah ni. Dia garang! Kalah ayah yang tentera tu. Nasip badan dapat pak we protective nak mati!' gumam-gumam merungut sambil hujung mata pandang wajah Andi yang senyum puas hati.

GENTAYANGAN Arwah Di VILLA ANNWhere stories live. Discover now