DUA

5 1 0
                                    

Bahagian 2: Peraturan Mengarut!

        SEMENTARA itu, Zamarul yang  masih berada di atas dari awal  memang telah mendengar bunyi jatuh itu. Secara rahsia dan berhati-hati, dia keluar dari biliknya dan berjalan  sekeliling.  Dia sudah di hujung koridor dan sedang melihat jelas ruang tamu tempat rakan-rakannya berkumpul.

         "Tapi, kenapa tiada seorangpun dari mereka  melihat ke mari? Aku terang-terang berdiri di sini," dia berkata pada diri sendiri sambil tangan menopang  memegang palang koridor dan kepala tunduk memandang ke arah ruang tamu.

         Zamarul perasan, tempatnya sedang berdiri ini menempatkan 10  buah bilik, iaitu bahagian tingkat satu villa itu.  Lantai pertama ini juga tempat yang turut mereka diami kerana banyak biliknya namun hanya 3 buah bilik yang dikhaskan untuk mereka bertujuh. Villa Ann ini ada 3 tingkat tidak termasuk loteng. Dia angguk perlahan bagaikan memahami sesuatu. Dia memandang sekeliling lagi sambil senyum sinis lalu melangkah menuju anak tangga. Matanya menangkap sebuah lorong sempit, dia terkesima melihat lorong gelap itu.

         
         Di bawah, Belinda terjun dari anak tangga ke empat akhir dan kelam-kabut hendak menerpa ke arah Munirsyah.

          "Dear! Belinda dengar bunyi pelik di bilik! Menyeramkan!"

           Tanpa sengaja, Belinda terpeluk tangan Munirah kerana mata Belinda sudah asyik fokus pandang ke atas, tempat asalnya tadi. Dadanya berdegup pantas kerana berlari laju.  Munirah yang juga terperanjat akan bunyi mendadak tadi tidak pula menolak Belinda seperti selalunya.  Pantang berdekatan dengan Belinda, alergik! Selalunya, Munirah pasti akan menjauhkan diri sejauh mungkin.

          Belinda tersedar tangannya terpeluk  lengan Munirah, terus melepaskan tangan Munirah selaju hembusan angin. Bimbang diherdik gadis garang itu.

         "Maaf, tak sengaja..." dia berbisik perlahan. Lalu tanpa buang masa  sesaatpun terus memeluk lengan Munirsyah. Ketakutan mendengar bunyi kuat di atas sana.

         Zamarul juga sudah kelihatan di anak tangga paling atas sedang melangkah  turun sambil matanya membalas memandang kawan-kawannya di bawah. Kawan-kawannya bagaikan sedang menanti kedatangan VVIP saja ketika memandang ke arahnya hinggalah dia tiba di ruang tamu bergabung dengan mereka.

          "Rul, benda apa tu? Dari  tadi asyik jatuh dan bunyi. Ingatkan pintu di hempas angin. Bunyinya macam dalam villa ni saja. Pintu mana yang terbuka ni? Bilik lain sudah aku tawaf. Semua bertutup. Kena pasang padlock lagi," kata Munirsyah hampir berbisik.

          Semua buntu menjawap soalan Munirsyah.

           "Ingat, ngak? Asal aja suara kita bicara keras, bunyi jatuh itu malahan ikut-ikutan juga. Kayaknya,  waktu Nirah itu ngambek tadi, bunyi aneh itu  juga langsung kedengaran..,"

          "Akupun rasa macam tu!" Munirah memotong Takiyudin, setuju yang amat akan kenyataan Takiyudin.

          Zamarul maju. Tangannya menggamit mereka agar berkumpul, dia mahu katakan sesuatu.  Dan secara menundukkan kepalanya, dia mendekati telinga rakan-rakannya yang sudah mengelilinginya. Mereka sedang dalam satu bulatan kecil yang padat dan rapat antara satu sama lain.

          "Jangan buat bising.  Dari tadi aku perasan. Asal bunyi berbual saja, bunyi pelik itu pun turut sama berbunyi. Aku sudah tengok-tengok di atas. Ada satu  lorong sempit dekat sebelah bilik kamu, Munirah dan Belinda," Zamarul angkat kepala tegak setelah mengatakan itu. Jelas raut wajah  jejaka keturunan  Inggeris dan Serani  ini tidak berbohong semasa berkata tadi. Orang pendiam selalunya cenderung untuk tidak berminat mahu berbohong, itu kata segelintir penyelidik psychologi amatur. 

GENTAYANGAN Arwah Di VILLA ANNWhere stories live. Discover now