Bahagian 5: Huawei Hilang Dan Lelaki Tukang Bersih Villa.
Zzzssssttt! Zzzzsstt! Ssssttt!
Pembesar suara monitor berbunyi. Monitor berubah, kelip-kelip dan sekejap gelap sekejap bintik-bintik, kunang-kunang. Lalu, nampaklah lintasan maha hebat lembaga hitam pelik masuk dalam penggambaran mereka.
"Ya Allah, astaghfirullaaladzim."
Mereka serentak mengucap melihat bentuk wajah seorang gadis yang sangat nyata sedang menjeling mereka dengan aksi yang sepantas kilat. Sempat pokok bunga yang di tanam dalam pasu bergerak bagaikan ditarik seseorang.Jejaka berlima itu terdiam lama melihat hasil rakaman itu. Masing-masing terkesima bagaikan monument Antanom, hanya mata yang berkelip-kelip pandang monitor. Lalu, sejurus lepas itu, nafas mereka berhembus perlahan kerana sempat tertahan dalam rongga dada masing-masing.
Kini, masing-masing jeling melilau sekitar. Meliar pandang sekeliling mencari kelibat itu lagi. Udara dingin Villa Ann akibat hembusan penghawa dingin tambah menyejukkan tubuh.
"Our Allah, it's so real. Aku sempat mau pipis lagi nih," Takiyudin pecahkan kesunyian.
"Sayangnya, itu terjadi tak sampai 1 minit kalaupun kita gabungkan dengan video awal tadi. Durasi yang kita kena ambil, 1 jam guys!" Andi yang selalunya pengusik rakan-rakannya tahap nak mati pun tidak berulah banyak setelah melihat adegan kelibat sepantas kilat tadi.
Krtak! Krtak! Krtak!
Bunyi tapak kaki berlari di belakang pemuda berlima itu menarik perhatian semua orang.
"Abangggg! Bilik kita orang kena geledah. Bersepah kamar mandi 'dia' selerakkan barang mandian kita. Kami takut berdiri depan pintu bilik tu lama-lama," Munirah berbisik, suara ketar-ketar. Pegang pinggang Munirsyah.
Belinda teragak-agak pegang Munirsyah, mendekatpun dia serba salah. Weiii, boyfriend akulah! Aku nak peluk juga! Tengkuk membeku ni, seram.
"Kamu lawanlah dia balik. Yang berlari ke sini, kenapa? Nanti Hazril naik, siapa nak bagitahu kita orang?" Andi berbisik pada Munirah.
"Ingat lawak, eh? Kau tengoklah dalam kamar mandi kami. Berterabur barang mandian kita orang!" Belinda tertoleh-toleh belakang, arah tangga. Bimbang Hazril naik secara tiba-tiba.
Di bawah, Hazril pandang tingkap bilik Munirah dan Belinda. Lampu yang tadinya mati kini hidup namun berkelip-kelip. Suramnya cahaya dari bilik itu kerana langsir hanya terselak sedikit kelihatan dari balik kaca tertutup. Dan warna kain langsir di situ agak gelap dan tebal.
"Berani mereka buat kerja malam-malam begini, ya? Demam kena histeria, aku tak tahu. Malas urus!"
'Mereka tak keluar dari situ, itu sudah perkara bagus. Tuan Arry kata, jangan biarkan mereka naik tingkat atas sajapun,' hati berdesas-desus dialog sendiri.
"Lepas nampak kelibat yang masuk dalam monitor mereka, takutlah tu merayap sampai loteng," tidak puas guman-gumam kecil, dia sudah gumam-gumam besar pula. Kakinya panjang melangkah arah motorsikal, ambik kunci dari kocek seluar hitamnya dan bersedia meronda bahagian belakang villa pula.
Vroommm! Vroommm!
Bunyi motorsikal Hazril buat mereka bertujuh berisyarat sesama sendiri.
Inilah masanya, mereka perlu meletakkan 3 biji telefon di beberapa kawasan sasaran seperti yang mereka sudah bincangkan subuh tadi.
"Cepatlah, jom! Set kamera phone tu laju-laju Adik. Hazril di belakang villa ni. Setengah jam lagi dia akan balik ke Pondok Pengawal!" Munirsyah menggesa adiknya yang masih tertunduk-tunduk menetapkan infa merah pada telefon Huawei milik Belinda.