Bahagian 9: Terperangkap 2"Kita dikurung, Syah. Nirah dan Andi juga pasti dikurung di loteng sana!" Izan menjawap sambil memicit pelipisnya, pening akibat bau kuat cecair yang mereka terhidu hingga menyebabkan mereka tidak sedarkan diri.
"Belinda tak sangka abang cleaner semalam tu jahat. Dia ada di antara abang-abang yang sado itu. Walaupun dia tekup hidung dia dengan topeng, tapi rambut dan pandangan matanya aku cam sangat. Weii, kita sedang hadapi kes apa ni? Belinda tak percaya kita terperangkap dalam ni. Mereka hendak buat apa pada kita orang?" Belinda yang sudah sedar teringat semula akan insiden semalam. Abang cleaner itu nampak sesuatu baginya. Dalang rupanya Abang Cleaner tu. Dalang kejahatan!
"Telefon Belinda mereka ambilkah! Macam mana kita berinteraksi dengan Andi dan Nirah?" Belinda meraba semua kocek baju dan seluarnya. Mencari-cari telefon Samsung Note4nya.
"Ada ni. Aku yang simpan dalam poket seluar. Kau tak sedar kah aku minta selepas kita keluar dari bilik?" Munirsyah cuit Belinda. Namun terdiam saat tersedar perubahan pada skrin telefon itu.
"Errrr... Alamak!" Munirsyah sedang hulur smartphone pada Belinda, tergamam. Mata terbeliak luas melihat skrin telefon yang dihadiahkannya pada Belinda.
Efek cahaya dari smartphone Samsung Note4 jelas telah mengejutkan Munirsyah tatkala melihat rekahan pada permukaan skrin telefon itu. Hampir setengah skrin itu dicemari berpuluh-puluh rekahan halus. Ianya rosak teruk jika mahu membuat panggilan.
"Baby, ia pecah. Mesti pecah saat kita semua dimasukkan ke dalam sini. Agaknya mereka lempar saja kita semalam, kan?" Munirsyah cuma mengagak, tidak menduga ketepatannya dalan tekaannya tadi memang benar dan tepat belaka.
Belinda tidak terkata mendengar kata-kata Munirsyah itu . Dia cuma menyambut huluran tangan Munirsyah yang sedang hulurkan telefonnya dengan selamba. Menyimpan smartphone itu ke dalam kocek baju tidur Hello Kitty merah jambunya.
"Tak apalah. Semoga kita dapat keluar dari sini dengan selamat. Skrin telefon ni kita boleh ganti kemudian." Kata Belinda sambil membelek telefonnya dari balik poket bajunya.
"Aku nak cek keadaan Nirah dan Andi. Harap-harap mereka tak apa-apa. Tapi, phone tak boleh guna dah." Belinda kecewa. Peluang untuk mereka keluar dari situ, semakin nipis.
"Phone Andi sudah kehabisan tenaga agaknya. Semalam Nirah mesej, tenaga telefon mereka tinggal 1 bar. Tentu ia sudah kong tenaga sekarang ni," Munirsyah memperingatkan Belinda akan mesej Munirah semalam.
"Habis, apa kita hendak buat sekarang? Tentu orang-orang sado itu akan masuk ke sini dan akan buat benda yang kejam pada kita semua. Tergamak mereka buat kita macam ni," Belinda sudah bimbang akan nasip yang mereka hadapi sebentar lagi.
Izan termangguh. Otaknya mengimbas semula kejadian semalam yang begitu tangkas saja baginya. Tidak sempat mereka bersedia untuk pertahankan diri. Bermakna, orang-orang sado bertopeng mulut dan hidung itu sudah merancang lebih awal untuk memerangkap mereka dengan menyusul ke mana mereka pergi setelah keluar dari bilik. Andi dan Munirah juga sama. Mereka semua terperangkap dalam villa itu. Izan mengeluh memikirkan kedua rakannya di atas sana. Memikirkan kes senior mereka yang mungkin juga seperti mereka ketika ini, Izan terbeliak mata dalam diam.
'Firasat aku sungguh tidak sedap hati pada encik Arry dan orang-orang dalam Villa Ann ini. Senior dua tahu lalu hilang ingatan setelah hilang dari villa ini. Adakah senior itu memang dicederakan oleh mereka seperti mana ancaman Hazril malam itu?' gumam-gumam berfikir, Izan mengembangkan prasangkanya.
"Aduhh, projek kita macam mana kita nak buat kalau kita terus di sini? Jom buat heboh. Seingat aku, abang Taha yang akan jaga villa ini malam ini. Kalau kita buat bising dalam bilik ini, tentu abang Taha akan datang cari tahu masalahnya dan semestinya dia akan tahu kita terperangkap dalam sini," Munirsyah teringat akan jadual kerja Taha saat dia, Zamarul dan Izan menemuramah pengawal keselamatan itu. Entah kenapa, mudah bagi Munirsyah mempercayai Taha berbanding Hazril.