Bahagian 6: Telefon Bimbit Kembali Lagi, Maklumat Bercanggah."Ada sesiapa yang naik di tingkat 2 kah semalam?"
Pelajar bertujuh itu berpandangan sesama sendiri.
"Tak ada, bang. Lagipun tingkat 2 dan tingkat 3 tu boleh saja kita orang naik. Kecuali loteng. Tapi kita orang tak naik lagi," berani sungguh kau Izan. Menjawap!
"Well, dalam peraturan itu, loteng saja yang ditegah. Tingkat 2 dan 3 tak adapun," Munirah bisik Andi di sebelahnya. Andi angguk setuju.
"Habis tu, siapa yang sepahkan studio muzik?!" abang cleaner tegang dagu, garang bertanya macam bapa tiri. Dia berdiri di kepala tangga, budak-budak itu pula dongak dia dari ruang tamu.
Pelajar bertujuh sekali lagi berpandang- pandang, jeling-jeling sambil menggeleng. Muka innoncent sangat ketara. Gila? Tempat tu dikunci, bro! Nyamukpun tak boleh hendak menyisip ke dalam.
"Tak tahu. Kita orang tak boleh masuk studio. Dikunci oleh tuan rumah," Munirsyah pula wakil jawap.
Terdiam lama abang cleaner sado mendengar jawapan Munirsyah itu. Hati sudah dongkol, sembunyi rasa barannya. Geram kerana kerjanya bertambah pula hari ini. Besar studio muzik tu! Dia benci menghadap benda-benda bising itu. Dia bukan sukakan muzik!
"Menyusahkan betullah budak-budak ni. Mesti mereka tak mengaku... Atau ini kerja dia?" dia berlalu dengan bebelan marah.
Matanya pandang ke salah satu lantai di atas sambil memikirkan ketepatan tekaannya itu. Mustahil budak bertujuh itu ada anak kunci untuk studio muzik yang selama ini tidak digunakan langsung setelah ketiadaan tuannya. Studio itu akan dibersihkan sebulan 2 kali. Memandangkan bulan ini putaran giliran pembersihan sudah lengkap, dia malas kemaskannya.
"Kalau si tua bangka tu tak ugut aku, aku dah lama pergi dari tempat jahanam ini," bergumam kecil dan marah sendiri, dia terus berjalan sambil melalukan hujung bulu penyapu pada lantai yang kelihatan terlampau berdebu pada mata kasarnya.
Dengan senyuman misteri, abang cleaner sado pun meneruskan kerjanya ala kadar. Bilik studio, dia tak pedulikan langsung. Matanya pandang dinding cermin studio muzik.
'Biar Kumang yang settle tempat tu!' dia membatin. Tolak tugasnya pada rakan sekerjanya pula. Senang!
"Farid! Mana budak-budak tu?!"
'Ah, sudah! Baru aku carut orang tua ni tadi. Panjang umur dia datang pula hari ini.'
"Mereka dalam bilik masing-masing, tuan Arry." Terpaksalah maniskan muka jawap soalan encik Arry walaupun hati, sumpah! Dia benci!
Encik Arry mendekati Farid. Wajahnya sinis, ada niat tersembunyi saat mendekati Farid.
"Pastikan mereka tau keadaan sebenarnya tempat ni pada malam ni. Kamu jangan langgar perjanjian. Keluarga kamu dalam pemerhatian aku!"
Ancaman licik itu buat Farid telan liur, takut dan risau jika keluarganya diapa-apakan. Wajah sinis encik Arry disoroti dengan kemarahan tersimpan.
"Pak cik dah keterlaluan! Aku dah cakap, aku tidak mahu terlibat..."
"Tsk, tsk, tskkk!" berdecit mulut encik Arry mendengar bantahan Farid yang sudah beratus kalinya dia dengar. Kebosanan mendengar ayat yang sama diulang ucap oleh Farid.
"Anak dan bini kamu, Farid. Ingat itu!" encik Arry pasang muka garang tanda dia serius dalam berkata.
"Sudah, buat kerja!" keras suara encik Arry sambil meninggalkan Farid sendirian. Senyum jahat di bibir encik Arry hanya Farid yang tahu.