SEKUEL ADUHAI, SENIOR KEREK ! Misteri. Pelbagai hadiah sering diterima oleh Sharmima angkara sekeping gambar dia bersama seorang pelajar lelaki yang diminati ramai. Paling menyusutkan fikirannya, apabila insiden itu menyebabkan dia juga turut menerima hadiah misteri daripada seseorang yang tidak diketahui identitinya. "Aku bukan popular pun sampai ada ramai nak bagi hadiah. Rimaslah ! Ini semua sebab lelaki sengal tu." - Sharmima "Kau cakap, aku.. Suka kau ? Pffft. Mati hidup semula pun, aku tak akan suka kau.Aku bukan secret admirer kau, ok ! Jangan perasan sangat, boleh ?" - Ahmad Mikael. "Aku tak rasa secret admirer kau ni nak game kau. Rasanya, dia memang suka kau kut." - Arfan Izzan Hari berganti hari, segala misteri kian terbongkar. Siapakah gerangan secret admirer Sharmima ? Adakah dia dikenali Sharmima ?