(SEQUEL VANILLA BLUE) Gemuk, suka makan dan tak ada diet yang seimbang. Diana sering dikutuk kerana dirinya yang gempal. Tapi apa salah dia? Dia cuma suka makan. "Makan tu bagus, tapi bukan berlebihan." tegur kawan baiknya. Diana juga mahu bercinta. Macam kawan sebiliknya yang kini mempunyai teman lelaki kacak. Tapi orang gemuk macam Diana ni, ada ke orang yang nak? "Hm? Parmesan Cheese Cake? My favorite." tegur satu suara. Lucas tersenyum ke arah Diana yang memegang kek yang baru dibeli. Diana terkedu. Di kafe sebelah universiti yang menjadi tempat pertemuan pertama mereka, Diana jatuh hati. "Eve!! Aku jatuh cinta!!" jerit Diana saat pulang ke bilik. "Ha?" Eve terkebil-kebil. "Apa patut aku buat? Aku jatuh cinta dengan perempuan!" Diana menangis.