Siapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuang hingga kini dan sebab itu Alya masih membujang sehingga kini. "Nazhan dah kahwin." Kata-kata yang sukar untuk Alya percaya. Tidak mungkin ianya khabar angin kalau kata-kata itu dari Nazrin, kembar seiras Nazhan. Kenapa Nazhan terus senyap? Adakah dia hanya menganggap cinta Alya untuknya itu cinta monyet? Atau perasaannya pada Alya hanya satu gurauan? Alya setuju untuk berkahwin bersama Nazrin akibat janji yang dibuat bersama ibunya.Namun, segalanya serba tak kena. Ada sahaja yang menjadi punca dia dan Nazrin bergaduh sehingga majlis perkahwinan mereka akan dibatalkan!