#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa sahaja yang mendengar nama TENGKU AFIQ IKHWAN pasti akan menggigil ketakutan. Dia bukan sahaja memiliki darah diraja namun mempunyai sebuah pusat membeli-belah yang cukup terkenal yang dikenali sebagai Golden Mall. Disebabkan kekayaan yang dimilikinya, ramai yang mengambil peluang untuk meminjam wang terhadapnya atas sebab tertentu. Namun, sudah pasti ada cagarannya! Anak gadis dan isteri mereka harus dikorbankan jika mereka gagal untuk melunaskan hutang. Sayangnya, dia tidak mempercayai cinta dan hanya menjadikan wanita sebagai tempat bergembira. Cinta sucinya hanya untuk gadis bernama Mahmudah. Namun, kehadiran mangsa bernama NADHIRAH SYAZWANI mengubah hidupnya... "Tak. Aku nak jadikan dia isteri aku." - TENGKU AFIQ IKHWAN. Jadi mangsa keadaan? Siapa yang nak jadi mangsa keadaan?! "Kawan cik dah pinjam dekat saya RM 100 ribu tanpa memberikan tujuan yang jelas. Saya nak duit saya balik tapi dia selalu cakap yang tidak ada duit untuk bayar balik hutang dia. Dia suruh saya cari cik dan meminta cik untuk membayar bagi pihaknya..." - TENGKU AFIQ IKHWAN. "Jangan harap!" - NADHIRAH SYAZWANI. Ada sahaja perkara-perkara menjengkelkan dibuat oleh Nadhirah Syazwani agar tidak jadi berkahwin dengan lelaki kaya itu! Namun, semuanya gagal. Selepas Nadhirah Syazwani sah bergelar isteri kepada Tengku Afiq Ikhwan, pelbagai cabaran yang harus dia harungi. Satu persatu rahsia terbongkar... "Apa niat tengku pada saya sebenarnya? Perempuan simpanan? Pemuas nafsu tengku?" - NADHIRAH SYAZWANI. "I miss you. I miss you so much. Nad!" - TENGKU AFIQ IKHWAN. Adakah Nadhirah Syazwani mampu mencairkan hati keras milik Tengku Afiq Ikhwan yang beku tentang cinta?