𝓟𝓡𝓞𝓛𝓞𝓖

8.4K 196 5
                                    

PERUT semakin kesakitan. Kesakitan yang dirasai bagaikan seperti ditikam menggunakan pisau yang tajam tanpa henti. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun dan terus berlawan. Kesakitan yang dirasai olehnya cukup menyeksa tubuh. Peluh membanjiri segenap tubuh lemahnya. Nafas semakin tidak teratur. Air mata mengalirkan bagaikan empangan air yang bocor. Penumbuk digenggam kemas.

Di mana perginya semua orang di dalam rumah ini? Tolong selamatkan kami!

"Kau nak lari mana, sayang?" tubuh lemah Nadhirah kembali didekati.

"Darah?!" lelaki tersebut panik selepas melihat darah yang mula merembes membasahi seluar yang dipakai oleh Nadhirah. Dia mengangkat kepala memandang rakan subahatnya yang sedang berdiri di sebelah.

"Why?" soal wanita itu pelik. Dahinya berkerut seribu.

"Darah..."

"Hah?!" Dia turut sama panik. Tubuh lelaki tersebut ditarik agar berdiri.

"Stop! I rasa kita kena pergi sekarang. Kalau tidak, naya kita kena tangkap," ajak wanita itu gugup. Lelaki tersebut angguk sambil membetulkan semula pakaian yang sudah berkedut itu.

"Perempuan ni macam mana?"

"Biarkan saja. Biar dia mati kering dekat sini sorang-sorang. Anak lelaki dia bukan boleh buat apa pun. Menangis sahaja yang dia mampu."

Mereka berdua mula berlari lintang-pukang keluar dari perkarangan Mahligai Ku Fiq. Rumah agam itu menjadi sunyi-sepi.

Hanya kedengaran dengusan nafas lega yang keluar dari mulut Nadhirah.

Dia tersentak. Kedengaran tangisan bayi memenuhi segenap penjuru bilik. Dia ingin bangun dan mendapatkan puteranya namun dia tidak berdaya untuk bergerak seinci sekali pun. Dia hanya mampu mendengar dan berdoa agar ada sesiapa yang dapat menyelamatkan mereka.

Mata semakin berat.

Maafkan umi, sayang. Umi tak mampu nak ambil sayang dan menggembirakan sayang. Jangan menangis singa kesayangan umi dan walid. InsyaAllah besok akan ada insan yang akan selamatkan kita.

BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang