1. Cerita ini tentang siapa? ANGGAP SAJA TENTANG KAMU 2. Cerita ini tentang apa? ORANG PATAH HATI YANG MAHU HIDUP 3. Cerita ini untuk siapa? DIA ATAU KAMU Hak memilih hidup ada pada diri kamu. Mahu jadi manusia yang bagaimana? Mahu berhenti mengharung hidup sebelum mencuba atau mahu bangkit walau payah mengharung dugaaan yang satu hari mungkin mencorakkan jatuh bangun diri. Moga kita semua boleh memilih untuk terus hidup walaupun urat hati bersimpul selirat dan tak kurang yang putus-putus.