KUNTUM

1 0 0
                                    

Pejam...
Bayang...
Ada kuntum di telapakmu
Satu, bisa kau selit ke rambut
Dua, bisa kau lerai
Tampal ke hati
Wangi di situ
Pejam...
KUNTUM...
Senyum...
Ulang...

------------------------------------------------------------------

"SYAFI, lepas kelas ni, jumpa saya di pejabat dekan," ujar Profesor Razi sebelum aku memulakan pembentangan kertas kerja individu yang aku siapkan dua minggu lepas. Aku hanya mengangguk, tidak terlalu memikirkankannya walaupun jauh dalam hati aku tertanya-tanya juga atas sebab apa aku dipanggil.

Memandangkan aku pelajar terakhir membuat pembetangan untuk sesi kali ini, aku cuba sebaik mungkin untuk memberi penerangan yang padat dan konstruktif serta mudah difahami. Selesai membuat pembentangan, bermula sesi soal jawab bersama rakan kuliah yang lain. Alhamdulillah tiada sebarang masalah untuk aku beri penjelasan atas soalan yang diajukan mereka.

"Okay class, ada beberapa sebab kenapa saya letak nama Syafi sebagai pembentang terakhir. Apa yang Syafi bentangkan ini bagi saya sangat terperinci sama ada dari segi perspektif dan fakta. Ini yang saya mahukan. Jangan meleret-leret. Beri fakta konstruktif dan jelas. Bila kertas kerja kamu padat, jelas, konstruktif with fact and figures it is way easy to get the answer right if there's any questions. This is a very good paperwork from your friend here, so saya mahu kamu belajar daripada Syafi dan jadikan kertas kerja Syafi ini sebagai contoh. Well done, Syafi. You may sit," ujar Profesor Razi panjang lebar buat muka aku jadi merah padam.

Sungguh aku tidak terbiasa berdiri di hadapan ramai kemudian diangkat nama serta dipuji begini. Jika boleh, aku memang tidak mahu diberi semua ini. Lebih senang menjadi diri aku yang tidak dikenali dan hanya biasa-biasa sahaja pada pandangan umum.

Ketika kembali duduk, Meivin segera menyinggung lengan aku sambil senyum dan menunjukkan ibu jarinya tanda bagus. Aku cuma senyum tanpa sepatah kata. Pelajar lain ada yang berbisik-bisik dan berpaling ke arah aku. Aku biarkan sahaja. Tumpuan yang diberikan oleh Profesor Razi bukan sesuatu yang mahu aku banggakan walaupun aku berhak mendapat pujian tersebut.

"Lepas ni aku ada kelas lain. Kau?" soal Meivin.

"Aku nak jumpa one of the lecturer. Nak tanya pasal projek."

"Okey. So, jumpa esok. Bye."

"Okey, bye."

Aku kemaskan barang-barang ke dalam beg dan segera beredar ke tingkat tiga di mana pejabat dekan terletak. Sejurus sampai, aku ambil masa seketika untuk bertenang kemudian pintu bilik dekan aku ketuk lembut. Terdengar suara Profesor Ahmad yang amat dikenali para penuntut. Suara lembut yang selalu berbicara seperti seorang bapa kepada semua penuntut jurusan senibina. Siapa yang tidak kenal dengan sikap Profesor Ahmad itu.

Pintu pejabat segera aku buka dan dipersilakan masuk serta diajak duduk santai di ruang sofa. Bersama Profesor Ahmad turut serta adalah Profesor Razi dan Profesor Rauda. Aku letakkan beg sandang ke tepi sofa dan segera duduk berhadaoan dengan Profesor Rauda dan Profesor Razi. Jauh dalam hati ada debar yang tidak dapat diramal.

"Syafi, ini untuk awak. Buka dan baca," arah Profesor Ahmad lalu menghulurkan sambul surat berwarna putih ke tangan aku.

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga aku tetap mengikut arahan lalu sampul surat itu aku ambil dan aku buka. Isinya aku baca satu-persatu, baris demi baris. Berkali-kali aku ulang baca kerana masih tidak pasti adakah ini benar atau aku bermimpi. Selepas lebih sepuluh minit begitu, tiba-tiba Profesor Rauda menyentuh tangan aku.

"Er... saya tak faham, prof. Ini betul ke? Saya tak pernah apply. Mungkin tersilap," ujar aku masih dalam rasa curiga. Profesor Rauda ketawa dan menggelengkan kepalanya. Profesor Ahmad juga turut senyum.

JELAGAWhere stories live. Discover now