1000KM/H

1 0 0
                                    

Lalu berlarilah hati
1000KM/H
Mengejar yang tak pasti
Lupa melihat kaki
Tersayat luka
Sedang tetes di mata
Masih bertakung duri
Menjadi bayang yang dikejar...
Jauh lebih indah daripada menjadi jejak yang tak dipeduli...

------------------------------------------------------------------

AKU ambil keputusan untuk tidak meneruskan kerja sambilan untuk dua bulan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan hujung tahun. Peperiksaan yang penting bagi memastikan kelangsungan pengajian aku pada tahun hadapan.

Encik Yusuf juga sudah aku maklumkan daripada awal berkenaan tarikh peperiksaan dan kekangan masa yang bakal aku lalui untuk meneruskan kerja sambilan di syarikat miliknya. Setiap tahun pun dia sudah cukup maklum berkenaan ini jadi tidak ada masalah di pihaknya. Lagipun aku sudah memastikan semua kerja yang diserahkan kepada aku telahpun selesai.

"Awal kau bersiap ni nak ke mana?" tegur Yati yang baru terjaga.

"Studio. Banyak kerja nak kena selesaikan. Nanti lepas settle aku terus ke perpustakaan. Kalau kau nak lunch sama-sama nanti call," ujar aku. Aku capai topi dan bag sandang lalu mula beredar keluar.

"Kau ada kelas ke tak hari ni?" soal aku sebelum keluar.

"Ada pukul sepuluh nanti," jawab Yati, masih terpisat-pisat duduk di birai katil.

"Jangan tidur semula nanti terus tak sedar pula nak ke kelas. Aku pergi dulu."

"Okey. Jumpa lunch, nanti aku call."

Aku segera keluar dan menutup pintu bilik dan terus ke kafe untuk bersarapan. Tidak ramai yang berada di kafetria pagi ini.

Mungkin kerana masih awal. Aku lihat jam di pergelangan tanya yang menunjukkan pukul 7.45 pagi. Sesenduk mihun goreng dan pulut panggang yang aku ambil tadi aku nikmati bersama kopi 'o' panas kegemaran.

"Awal hari ni Syafi," tegur abang Amran salah seorang pekerja di kafeteria tersebut. Aku segera berpaling dan senyum ke arahnya.

"Nak ke studio. Banyak kerja."

"Kamu ni abang tengok macam lipas kudung. Tak duduk diam. Makan pelan-pelan, tercekik nanti," ujar abang Amran lagi sambil ketawa dan berlalu masuk ke dapur. Aku cuma perhati dan sudah terbiasa dengan usikannya setiap hari. Usai bersarapan, pinggan dan cawan aku masukkan ke bakul yang disediakan.

"Abang, buatkan kopi 'o' isi dalam termos ni," pinta aku kepada abang Amran.

"Kamu ni asyik minum kopi 'o' saja. Cubalah minum air lain."

"Kopi 'o' abang buat sedap, buat hilang mengantuk," jawab aku. Termos yang sudah penuh diserahkan semula kepada aku.

"Pergi dulu, bang."

"Ya, ya... hati-hati."

Ketika sampai di studio, keadaan sunyi dan lengang. Aku segera mengambil tempat dan mula meneruskan kerja-kerja yang masih bersisa. Selalunya ada sahaja rakan sekelas yang bermalam di studio bagi menyiapkan tugasan tetapi kali ini studio ini kosong. Aku pasang radio yang terletak di atas meja di tengah ruang studio bagi menghilangkan rasa sunyi.

Selalunya sebulan atau dua bulan sebelum peperiksaan, tiada lagi kelas yang perlu dihadiri kecuali kerja-kerja studio. Pensyarah kebanyakannya memberi pelepasan kepada penuntut untuk mengulangkaji dan menyiaplan tugasan mengikut jadual harian sendiri kecuali sekiranya masih ada bagi sukatan subjek yang masih tertunggak.

Aku kembali leka menyiapkan baki proposal draf kajian yang perlu diserahkan kepada Profesor Zuki selewat-lewatnya minggu hadapan. Mengikut perkiraan, aku mampu menyiapkannya pada hari Jumaat ini dan boleh sahaja menyerahkannya pada hari Isnin hadapan jika tiada aral.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JELAGAWhere stories live. Discover now