KERDIL

1 0 0
                                    

Lagu malam
Iramanya gerimis
Dan desir angin
Langit hitam itu
Pentas luas
Saksi kaku
Dendang lagu
Pancaragam alam
Sedang aku...
Adalah pengemis
Mengagumi indahnya
KERDIL
Di sini

------------------------------------------------------------------

SUDAH hampir setahun aku berkelana pula ke daerah ini demi mencari ilmu. Selepas tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terpaksa aku tolak, alhamdulillah aku ditawarkan mengikuti jurusan yang sama di beberapa universiti tempatan. Bangga? Biasa sahaja. Hidup perlu terus. Jika kecewa sekalipun tidak perlu berlama-lama melayan rasa kecewa. Jika sudah takdir, tidak salah untuk menerima. Lagipun, di mana pun aku perolehi ilmu, itu tidak penting.

Alhamdulillah, wang hasil kerja dahulu mampu menampung keperluan pendaftaran dan keperluan lain di universiti. Hingga ke hari ini pun aku masih bekerja secara sambilan pada sebelah malam bagi menampung hidup. Duit pinjaman yang aku perolehi tidak dapat menampung keseluruhan keperluan pengajian dan hidup harian aku di sini. Tidak seperti rakan sekuliah yang lain, mereka ada keluarga, tempat ditumpahkan harap jika keadaan memaksa. Aku perlu menjadi nakhoda untuk diri dan kehidupan sendiri.

"Kau tak ada kelas ke hari ni?" soal Yati, rakan sebilik aku.

"Pukul sepuluh nanti. Pagi ni tak ada. Kau?" soal aku semula.

"Petang nanti, pukul tiga. Malas betul aku kalau kelas petang. Pukul tiga pula tu. Waktu mata tengah mengantuk," jelas Yati tanpa diminta. Aku cuma senyum.

"Semalam kau balik pukul berapa?" soal Yati semula lalu kerusi kayu yang tersorong di bawah meja bacaannya di tarik.

"Around six," jawab aku ringkas. Kemeja bercorak checkers aku ambil dari almari dan aku gosok untuk aku pakai ke kelas nanti.
"Pak guard tak marah kau ke Syafi?"

"Macam selalulah aku cakap aku balik rumah, balik awal ke sini sebab ada kelas awal. Pak guard selalu bagi saman kalau kau balik selepas pukul sebelas malam onwards tapi kalau dah lepas subuh tu mereka dah tak kisah sangat. Kenapa?"

"Tak adalah aku risau juga kalau kau kena saman. Sekarang kalau kerap kena saman pihak management boleh reject application untuk duduk asrama. Nanti tak pasal kau kena duduk kat luar," jawab Yati.

"Sampai masa nanti memang aku kena duduk di luar pun."

Yati hanya melihat aku sekilas kemudian kembali sibuk membancuh dua mug milo panas. Satu diletakkanya ke atas meja bacaan aku. Aku hanya biarkan Yati memerhatikan aku.

"Aku tengok kau ni kadang-kadang overwork Syafi. Semua orang tahu student senibina memang workload bertimbun. Paperwork, exam, project...sampai bila kau nak bertahan uruskan kerja sambilan dan study? kelas kau pun aku tengok bukan selalu mula lambat. Most kelas pukul lapan atau sembilan pagi. Pukul lima atau enam baru settle schedule kelas kau untuk satu hari. Lepas habis kelas kau terus ke KL kerja sambilan pulak, balik subuh hari. Tidur satu, dua jam sahaja sehari. Sampai bila kau nak bertahan dan push diri macam ni. Kau kena slowdown a bit Syafi. Nanti sakit kau juga susah," panjang lebar Yati menasihati aku. Aku cuma dengar.

Baju yang sudah selesai digosok aku sangkut ke almari semula. Kerusi kayu di meja bacaan, aku tarik dan perlahan-lahan aku lepaskan lelah di situ. Milo panas yang Yati bancuh untuk aku, aku hirup perlahan-lahan kemudian aku unjukkan cream crackers kepada Yati. Suasana hening seketika.

"Jangan risaulah. Aku okey je. Lagipun Yati, kau tahu kan, aku memang susah tidur. Dua, tiga jam tu bagi aku dah cukup memadai. Aku kena kumpul duit untuk tahun depan. Tahun depan lagi banyak nak guna duit. Macam-macam buku rujukan nak kena beli plus projek nak kena uruskan. Let say kalau tahun depan aku tak dapat duduk asrama, kena fikir juga duit untuk menyewa kat luar. Nak kena beli motor untuk ulang-alik. Nak kena ambil lesen dan kelas lagi. Lagipun kerja sambilan aku pun ada kaitan dengan course yang aku ambil, jadi aku tak ralat sangat. Dapat timba pengalaman sebelum graduate," jelas aku seperti selalu.

JELAGAWhere stories live. Discover now