Semua ini sebab mama. Kalau dia tak sibuk nak tunangkan aku dengan Elena, aku tak akan ikut idea gila Olive tu. "That's it... Kahwin kat sana dan bawa balik bini. An arranged bride. Balik sini, terus jadi CEO. Habis cerita. Tak ada siapa boleh kacau abang, happily ever after." Tiba-tiba, Aaisyah muncul depan pintu rumah aku, nak bersalin! "Nak terberanak la... Call ambulans, jebal (tolong). Ppalli-ppalli (cepat-cepat)! Arghhh!!!" Takkan tak nak tolong? Aku pun bawakan dia ke hospital. Aku siapkan azankan Aayan. Mana nak tahu yang... "Video? Ada video awak azankan anak saya? Siapa yang ambil video? Siapa yang viralkan?" Disebabkan itu, mama tukar pelan. Daripada bertunang, dia nak kahwinkan aku dengan Elena. Cuaklah aku! "Saya nak awak kahwin dengan saya. Boleh awak kahwin dengan saya tak, Aaisyah? Secara kontrak!" Nak tak nak... Aku pun terpaksalah tukar pelan. Pelan untuk jadi Mr. Groom dan Aaisyah ialah arranged bride aku. Tak sangka... Aaisyah setuju dengan pelan aku tu. Sehinggalah, Hakim buat silap! "Kalau aku cakap... Yang aku ada buat satu kesilapan yang akhirnya membongkar satu kebenaran... Kau akan marahkan aku tak, bro?" Aku terlupa yang sehebat mana pun pelan aku, pelan mama atau idea Olive tu, aturan Tuhanlah yang maha hebat! "Dasin nal ttonaji marayo (jangan tinggalkan saya lagi), love!" "Jeoldae andwae (tak akan), life. Tak akan lagi!" Kerana setiap pertemuan bukan kerana kebetulan tapi kerana tujuan!