"Memilikimu adalah kesulitanku." Niel Zayder, seorang yang tidak mempunyai agama. Dia bingung tidak tahu yang mana satu tuhan yang sebenar-benarnya. Berbagai cara dia lakukan untuk mencari agama yang harus dianuti. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan gadis yang bernama Ainnatul Jannah membuatkan dia memilih sang gadis untuk mengajarnya tentang agama. Seperti mana yang dikatakan Ainnatul Jannah, Islam adalah agama yang sebetulnya. Hatinya terdetik ingin mempelajari agama Islam. Satu keputusan telah membuatkan mereka berdua membina satu mahligai. Perkahwinan yang dipersetujui dua pihak. Tapi, tidak lengkaplah satu rumah tangga tanpa dugaan bukan? Satu-persatu ujian datang menghempap mereka. Tentangan dari pelbagai pihak mula menggoyahkan iman Niel Zayder. Tetapi setiap kali rebah, Ainnatul Jannah sentiasa disisinya. Tetapi bagaimana pula jika Allah menarik sumber kekuatannya yang satu itu? "I miss you. Aku rindu kau sangat-sangat, Jannah. Aku minta maaf gagal jaga kau. Buatlah apa yang kau nak, asalkan jangan benci aku begini sayang. Please..." "Pergilah Niel. Berhenti seksa diri awak untuk terus bersama saya. Saya tak mampu terima awak lagi. Maafkan saya." Betullah kata orang, mencintai tak seharusnya memiliki. Apa ini adalah pengakhiran kisah cinta mereka? Pabila dua hati mula membawa haluan masing-masing, wujudkah kesempatan buat kali kedua? [𝐒𝐋𝐎𝐖 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄] Idea hak cipta milik © Fadz ⚠ Read this on your own risk. ⚠ No plagiarism. ⚠ Typo overdose. Start: 31/3/2023 End: