Bab 1: Berhijrah Untuk Ilmu

163 17 13
                                    

Di Sebuah negara bernama Malaysia...

Terdapat sebuah bandar dikenali sebagai Kota Bharu yang terletak di sebuah Negeri Kelantan, tinggal sebuah keluarga yang sederhana & bahagia.

Rabiatul Adawiah, seorang wanita yang sudah 2 tahun menamatkan zaman persekolahan menengahnya & kini dia sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia. Rabiatul atau dikenali sebagai Raby, seringkali pulang ke rumah ketika cuti semester walaupun tetap sibuk dengan kerja & projek nya.

Suatu hari...

Raby baru saja selesai menolong ibunya memasak makan tengahari di dapur. Tiba-tiba ada seseorang sedang mengetuk pintu lalu dia segera membuka pintu.

"Assalamualaikum, ni surat untuk kamu, Raby,"kata Encik Karim  sambil menghulurkan sekeping surat kepadanya.

Encik Karim merupakan seorang penghantar surat di kawasan itu. Dia seorang yang sangat peramah & disenangi oleh penduduk di situ. Raby memandang Encik Karim sambil tersenyum lalu mencapai surat itu.

"Waalaikumussalam, terima kasih, Encik Karim,"ucap Raby sambil tersenyum.

"Sama-sama, Raby. Saya pergi dulu lah ya,"kata Encik Karim.

Tiba-tiba, ibu Raby datang sambil membawa beberapa bungkusan makanan.

"Tunggu dulu, Encik Karim. Ni ambil lah kuih karipap & gulai ayam ni sebagai tanda terima kasih sebab tolong hantarkan surat pada kami,"kata Ibu Raby sambil menghulurkan bungkusan makanan itu kepada Encik Karim.

"Alhamdulillah, terima kasih lah. Maaf ya, saya dah lambat nak hantar surat yang lain ni. Assalamualaikum,"kata Encik lalu berjalan pergi untuk menghantar surat yang lainnya.

"Waalaikumussalam,"jawab mereka berdua.

Raby memandang surat itu lalu membukanya. Ketika dia sedang membaca surat itu, dia kelihatan terkejut lalu dia berjalan ke arah ibunya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Raby? Kenapa ni?"tanya Ibunya.

"Ummi,T..tengok ni,"kata Raby yang mulai gagap lalu menghulurkan surat itu kepada ibunya.

Ibu Raby mencapai surat itu lalu membacanya sehinggalah habis. Dia bangun dari sofa lalu memeluk Raby sambil menangis.

"Alhamdulillah, Raby. Ummi ucapkan tahniah pada kamu,"kata ibunya sambil mengesat air matanya.

"Alhamdulillah, terima kasih, ya Allah atas rezeki mu yang melimpah ruah,"ucap Raby yang turut menangis.

Sebenarnya, Raby telah menerima sebuah surat & tiket penerbangan daripada sebuah universiti teknologi yang lain. Tambahan pula, semua pembiayaan ditanggung sepenuhnya & begitu juga dengan timur ulang alik pulang malah pergi.

Walaupun Raby gembira dengan pencapaian itu, dia juga turut bersedih kerana terpaksa meninggalkan keluarganya kerana universiti ini berada di luar negara malah peluang untuk dia pulang ke sini mungkin susah kerana perjalanan yang terlalu mengambil masa & jauh.

Raby memandang muka ibunya dengan sayu. Berat hatinya untuk pergi berjauhan dari keluarganya. Walaupun begitu, ibunya memegang lembut pipi anak kesayangannya itu sambil tersenyum.

"Raby, dengar cakap Ummi baik-baik. Kita sebagai hamba Allah SWT harus menuntut ilmu. Ummi tak kisah kalau Raby tak mahu pergi tapi apa yang ibu nak ialah Raby gembira, bahagia, tenang & berjaya di dunia malah di akhirat. Jadi buatlah pilihan yang terbaik & mintalah pada Allah SWT untuk sebuah petunjuk,"kata ibunya sambil tersenyum.

Raby mengelap air matanya yang masih berlinangan lalu memeluk ibunya.

"B.. baiklah, Ummi. Insyaallah, Raby akan ingat pesan Ummi,"kata Raby yang masih teresak-esak itu.

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now