Bab 3: Pertemuan Tanpa Diduga

70 10 0
                                    

Keesokannya...

Raby bangun jauh lebih awal daripada yang lain. Dia segera membersihkan dirinya lalu solat subuh. Setelah itu, dia pun mengejut yang lain untuk solat subuh & pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk mereka.

Setelah beberapa minit kemudian...

Raby menghidangkan lempeng & roti bakar di atas meja lalu membancuh teh pula. Setelah itu, dia pun duduk di meja lalu makan sarapannya setelah baca doa.

Dia harus bersiap lebih awal kerana itu adalah hari pertama dia akan pergi ke universiti itu. Dia tidak mahu reputasinya menjadi teruk pada hari pertamanya di universiti situ. Dia juga mahu menjaga maruah diri,keluarga & negaranya. Dia tidak mahu orang lain memburuk sangka akan dirinya.

Tak lama kemudian...

Alisya & Ayuni turun & makan sarapan bersama dengan Raby. Setelah selesai, mereka pun mencapai buku-buku & beg mereka lalu pergi ke universiti bersama selepas memastikan pintu rumah mereka berkunci.

Mereka pergi ke universiti mereka dengan menaiki bas. Ini memudahkan urusan mereka kerana mereka hanya perlu membayar tambang itu menggunakan kad yang hanya diberikan khas untuk pelajar universiti itu.

Setelah beberapa minit perjalanan...

Mereka akhirnya telah tiba di hadapan universiti itu lalu turun dari bas selepas bas itu berhenti di tempat perhentiannya. Walaupun mereka berada di universiti yang sama, mereka sebenarnya mengambil bidang yang berbeza seperti Raby. Dia mengambil bidang perubatan manakala Alisya pula mengambil bidang seni bina & Ayuni mengambil bidabg vaterinar untuk menjadi doktor haiwan.

Di kaki lima universiti itu, mereka berpisah & mengikut laluan masing-masing untuk pergi ke kelas mereka. Pada masa yang sama, Raby sedang mengejar masa untuk masuk ke dalam kelasnya. Ketika dia sedang berjalan masuk ke dalam kelasnya, dia tanpa sengaja terpandang seorang budak lelaki berambut biru yang sedang berjalan melepasinya itu.

Walaupun begitu, dia harus cepat agar dia tidak dihalau keluar dari kelas kerana lewat. Setelah itu, Raby memperkenalkan dirinya kepada classmate nya yang lain. Setelah selesai, Raby pun duduk di mejanya & pelajaran dia pun dimulai. Dia diajar oleh seorang doktor pakar yang sangat hebat agar dia dapat belajar lebih banyak perkara baru, Dr. Leo Kim.

Di waktu rehat...

Raby sedang berjalan ke kantin untuk makan bersama dengan Alisya & Ayuni. Akibat terlalu tergesa-gesa, dia tanpa sengaja telah melanggar seorang pemuda sehingga dia terjatuh bersama  buku yang dibawanya.

Raby mengerang kesakitan akibat terjatuh tadi lalu terpandang pemuda yang telah melanggar nya itu.

"Maaf, ni buku kau,"kata pemuda itu lalu menghulurkan buku kepada Raby.

"Terima kasih & maaf juga,"kata Raby sambil bangun perlahan-lahan.

Raby memandang pemuda itu. Dia adalah pemuda sama yang dia lihat ketika sedang memasuki kelasnya sebelum ini.

Rambutnya berwarna biru, anak matanya berwarna kemerahan & dia kelihatan sangat dingin tetapi nampak baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambutnya berwarna biru, anak matanya berwarna kemerahan & dia kelihatan sangat dingin tetapi nampak baik.

"Alamak, saya tertumpah air awak,"kata Raby dengan rasa serba salah.

"Takpe, aku boleh beli yang baru,"kata pemuda itu.

"Awak pasti?"tanya Raby.

Dia tidak menyangka yang dia akan terlanggar pemuda itu sehingga tertumpahkan air minumannya. Dia berasa bersalah sangat akan hal itu.

"Maaf, aku minta diri dulu,"kata pemuda itu lalu berjalan pergi.

"Eh, nanti! Siapa nama awak?"tanya Raby.

Malangnya, pertanyaan Raby sama sekali tidak didengari oleh pemuda itu kerana dia semakin menjauh dari Raby. Dia hanya mampu mengeluh kerana dia tidak sempat menanyakan nama sebenar pemuda itu.

Di kantin..

Raby tiba di situ sedikit lewat daripada sepatutnya lalu duduk di sebelah Alisya & Ayuni selepas membeli sepinggan nasi lemak.

"Lambatnya kau, Raby. Kau pergi mana tadi?"tanya Alisya.

"Sorry, Sya. Aku ada hal sikit tadi,"kata Raby.

"Takpe, lain kali jangan datang lambat lagi tau,"kata Ayuni.

"Alright, insyaallah, Raby akan cuba,"Kata Raby lalu memakan nasi lemaknya selepas membaca doa.

Pada suatu petang...

Raby baru saja keluar dari kelasnya bersama Mr, Ling Xie. Disebabkan dia tidak ada apa-apa lagi yang perlu dilakukan dia mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki bas.

Ketika dia mahu berjalan pergi ke tempat perhentian bas, dia ternampak pemuda yang dia langgar ketika waktu rehat sedang bermain bola tampar bersama ahli kumpulannya yang lain. Dia memandang pemuda itu untuk memastikan dia sama sekali tidak tersalah tengok.

Tak lama kemudian...

Pemuda itu sudah selesai berlatih bersama ahli kumpulannya & dia kelihatan ingin pulang. Walaupun Raby mengambil kesempatan itu untuk bertanya nama sebenarnya, ia tetap gagal kerana pemuda itu berada jauh darinya sekarang.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada ahli kumpulannya sedang berjalan di sisi Raby lalu Raby menegurnya.

"Tumpang tanya. Lelaki yang berambut biru tu siapa nama dia?"tanya Raby pada ahli kumpulannya yang bernama Rafiz Aiman.

"Dia ke? Nama dia Nik Azwan Zulki. Dia selalu bermain dengan kami selepas waktu sekolah walaupun dia bukan ahli pasukan kami,"kata Rafiz.

"Oh, macam tu. Terima kasih bagitau. Maaf kalau menyusahkan awak ya,"kata Raby.

"Takpe, nama aku Rafiz Aiman. Kau pulak?"tanya Rafiz.

"Nama saya Rabiatul Adawiah. Panggil je Raby,"kata Raby pula.

"Eh, kau housemate Ayuni ke?"tanya Rafiz.

"Umm, ya. Kenapa awak tanya?"tanya Raby.

"Takde apa-apa lah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,"kata Rafiz laku pergi dari situ.

"Baiklah, Waalaikumussalam,"kata Raby lalu berjalan & menaiki bas untuk pulang ke rumah sewanya.

Ketika di dalam bas....

Raby duduk di kerusi bas sambil termenung akan pemuda yang bernama Nik Azwan Zulki itu. Dia tidak menyangka yang Azwan bagus dalam sukan seperti bola tampar.

Dia berharap dapat bertemu dengan Azwan untuk meminta maaf akan apa yang telah berlaku sebelum ini & mahu menggantikan semula minuman yang tanpa sengaja telah dia tertumpahkan.

Pada masa yang sama, dia juga turut tersenyum. Dia tidak menyangka yang Azwan sama sekali tidak menengking atau memarahinya ketika perkara sebegitu terjadi. Raby beranggapan yang Azwan mungkin seorang yang pemaaf atau bersabar.

Tanpa dia sedar, dia telah tiba di perhentian bas yang berdekatan dengan rumahnya setelah termenung lama memikirkan soal Azwan yang merupakan pemuda misteri yang dia langgar tanpa sengaja itu lalu dia segera turun dari bas & berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Bersambung....

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now