Bab 6: Tangan Azwan Yang Cedera

79 10 7
                                    

Pada petang itu...

Di perpustakaan universiti....

Raby seperti biasa akan menyiapkan assignment miliknya bersama dengan Azwan. Masih banyak yang perlu dia lakukan untuk menyiapkan assignment miliknya itu. Walaupun begitu, hari-harinya tidak sama sekali bosan sebaik saja mengenali serba sedikit latar belakang Azwan.

Azwan seorang yang dingin tetapi baik, caring & kadangkala annoying. Dia juga orang yang rajin buat kerja & selalu menepati masa. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan assignment. Dia tidak lah seteruk yang Alisya katakan padanya. Nampaknya semua itu cuma rumor yang mungkin hanya memburukkan nama & diri Azwan saja.

Walaupun begitu, Raby perasan yang Azwan tidak melukis seperti biasa kerana dia menggunakan tangan kirinya. Bagi Raby, Azwan biasanya akan melukis menggunakan tangan kanannya tetapi dia hanya menyembunyikan tangannya di bawah meja. Dia ingin menanyakan hal itu tetapi berasa sedikit malu kerana risau kalau-kalau pertanyaan itu dianggap peluk atau sebaliknya tetapi dia tetap saja memberanikan dirinya untuk bertanya.

"Azz, aku nak tanya ni,"kata Raby.

"Erm? Apa yang kau nak tanya?"tanya Azwan sambil memandang Raby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Erm? Apa yang kau nak tanya?"tanya Azwan sambil memandang Raby.

"Kenapa kau melukis guna tangan kiri kau?"tanya Raby.

Azwan menunjukkan tangannya yang berbalut kepadanya. Raby hanya memandang tangan Azwan kerana dia adalah penuntut budak perubatan & yang pasti ini bukannya perkara rumit untuk Raby lihat.

"Kenapa dengan kau tu, Azz?"tanya Raby.

"Haih, aku terjatuh dari basikal petang semalam. Jadi tangan terseliuh & luka,"kata Azwan laku menyambung kerja dalam menyiapkan lukisan itu.

Raby seperti mengingati sesuatu yang berlaku seperti semalam lalu dia memandang Azwan. Dia mulai berasa curiga dengan Azwan. Dia tanpa berfikir panjang terus saja memegang & memeriksa tangan Azwan. Tanpa sedar, Azwan sedang memandangnya.

"Betullah, kau memang terseliuh tapi luka ni macam pelik je,"kata Raby yang masih belum sedar dengan keadaan itu.

"Raby,"panggil Azwan.

Raby sama sekali tidak mendengar panggilan Azwan & sebaliknya masih memegang malah memeriksa tangan Azwan yang berbalut itu. Setelah kali yang ke-5 dia memanggil Raby, dia terus saja menariknya sehingga akhirnya Raby berpaling ke arahnya.

"Kenapa ni, Azz?"rungut Raby setelah melihat Azwan menarik tangannya.

"Raby, kau sedar tak apa yang kau buat?"kata Azwan yang cuba menahan marahnya.

Raby terdiam sejenak & memahami apa yang Azwan cuba katakan. Setelah beberapa minit terdiam, muka Raby mulai berubah merah padam.

"Aaa! Maaf, Azz! Aku tak sangka aku akan buat macam tu! Maafkanlah aku!"kata Raby sambil meminta maaf tanpa henti kepada Azwan.

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now